Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 23 October 2014

NURUL IZZAH UMUM KES VIDEO SEX UAI SELESAI, APA PASAL PULAK ?

KUALA LUMPUR 23 Okt - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar enggan mengulas mengenai penyebaran video seks yang memaparkan seorang lelaki mirip seorang pendakwah dan penceramah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada malam tadi.

Bagaimanapun, Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui hanya berkata video tesebut kini sudah selesai.

"Tidak mengapalah. Ia sudah selesai," katanya kepada wartawan Rakyat News selepas ditemui di Bicara Harakah, disini, hari ini.

Malam tadi, pengguna media sosial digemparkan dengan penyebaran video berdurasi 0:38 saat yang memaparkan mirip UAI.

Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan UAI hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini," katanya.

Ulasan

Ini bukan perkara kecik. Ini bukan sekadar maruah UAI tapi maruah Umat Islam seluruhnya. Aku nampak benda ni dirancang dengan teliti. Masa ketika ia tersebar jugak amat ' bermakna '. masa Anwar nak jatuh hukum. Masa PAS sedang dalam masalah ulama. Masa UMNO sedang dalam proses memulihkan diri dan penerimaan rakyat sedang meningkat.

Ini semua ada makna yang signifikan. UAI pulak terkenal daring dalam menjawab isu isu seksual yang ustaz lain malu nak jawab.


Aku mohon pihak berkuasa siasat hingga dapat dalangnya dan wartakan kepada umum. Keyakinan aku UMNO tak terdesak nak buat kerja aibkan orang.





 Pandai pandai jer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...