Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 16 October 2014

KITA BERSEDIA UNTUK BERPERANG !

Malaysia pandang serius ancaman ISIS di Selatan Filipina - Hishammuddin


Malaysia pandang serius ancaman ISIS di Selatan Filipina - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Malaysia pandang serius ancaman ISIS di Selatan Filipina. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia memandang serius penularan ideologi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di selatan negara Filipina yang dilihat boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia berikutan  beberapa kumpulan militan di selatan Filipina seperti Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap ISIS.

"Walaupun (ancaman) masih di tahap rendah, pihak keselamatan tidak sesekali memandang ringan dan akan memantau secara serius dan mengambil segala tindakan yang perlu dalam memastikan ideologi yang dipelopori oleh pendokong ISIS tidak menular ke negara ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Hishammuddin berkata penambahan aset pertahanan dan keselamatan di Sabah, khasnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga merupakan langkah proaktif kerajaan untuk mengekang ancaman ISIS.

Katanya, pelbagai usaha penambahbaikan aset pertahanan di Sabah telah dan akan diambil untuk tujuan itu.

Ini termasuk memanjangkan landasan terbang di Lahad Datu bagi membolehkan pesawat tentera C130 mendarat, menaik taraf pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Labuan untuk menempatkan pesawat pejuang Hawk dan memperoleh radar penguasaan berkeupayaan tinggi.

Selain itu, kerajaan juga membina dua Pangkalan Operasi Hadapan dalam bentuk 'Sea Base' bertujuan untuk mengekang ancaman, khususnya di laluan keluar perairan negara selain berperanan sebagai pusat pemerintahan, pemintasan dan penyekatan laluan, pengawasan, pos pemeriksaan di laut dan penguatkuasaan laluan khusus.

"Konsep Sea Basing juga dapat menyediakan lokasi platform bergerak dan statik yang mampu memanjangkan jangkauan dan seterusnya mensingkatkan masa bertindak pasukan keselamatan," katanya.

Pangkalan Operasi Hadapan ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada April tahun depan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hishammuddin berkata kerajaan memantau serangan udara Amerika Syarikat ke atas ISIS untuk belajar bagaimana mereka menangani ancaman itu.

"Ancaman itu sesuatu yang baharu, sebab itu agak sukar bagi Presiden (Barack) Obama untuk mengetahui bagaimana untuk berurusan dengan ISIS pada masa ini.

"Tetapi kita mempunyai kelebihan untuk melihat, dari segi perkembangannya, sama ada ia berkesan dan cuba kaitkan dengan situasi kita di sini di Malaysia," katanya kepada pemberita.

Beliau menambah kerajaan juga mengukuhkan kerjasama dengan negara jiran terutama Filipina, Indonesia dan Brunei dan mengambil langkah proaktif sebelum melihat kemungkinan membabitkan kumpulan yang tidak mudah dikenal pasti itu.

Ditanya sama ada 39 rakyat Malaysia yang dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kumpulan militan termasuk ISIS boleh menimbulkan ancaman kepada negara ini, beliau percaya mereka tidak menyasarkan Malaysia.

"Saya tidak melihat mereka menyasarkan kita. Mereka warga Malaysia dan mereka pergi ke Syria untuk menyokong ISIS, tetapi saya tidak fikir mereka mempunyai niat untuk menyasarkan Malaysia," katanya. Bernama

Ulasan

Aku sebenarnya bimbang. Pertamanya bimbang dengan ancaman pengganas ini. Dulu rasa macam tak mungkin akan diceroboh tetapi hakikatnya kita telahpun diceroboh. Bimbang jugak sebab kita tengok semacam rakyat tidak bersatu menghadapi ancaman ini. Ini kerana ada pulak yang menghasut rakyat, kata ini palsu, kata ini mainan UMNO dan sebagainya. Bimbang satu lagi sebab aku tgk ini satu lagi ancaman kepada pembentukan bangsa Melayu. Dadah- Melayu, masalah sosial Melayu, keciciran Melayu.

Ancaman besar ini bukan sahaja kepada negara tapi kepada bangsa Melayu khasnya. Aku rayu supaya kerajaan agar melihat ancaman terhadap bangsa ibi jugak, Aku rasa DS Hishammuddin rapat dengan generasi muda, perhati tengok perkara ini agar kita tidak menyesal nanti.

8 comments:

  1. Mintak simpanglah. Perang ni tak de faedahnya.

    ReplyDelete
  2. Perang bukan saja aku tembak hang , hang tembak aku. Perang saraf tu nak kena jaga. Anak anak kita terpedaya tanpa kita sedar

    ReplyDelete
  3. Kita ada aset nak tahan penceroboh tapi bagaimana bagi yang menceroboh jiwa anak anak kita?

    ReplyDelete
  4. Selain serangan mental hati hati jugak dengan serangan mental. Budak budak Melayu amat mudah dihasut

    ReplyDelete
  5. Saya nak ucap tahniah kepada menteri kerana keseriusan menjalankan amanah rakyat. Salah satu kewjipan kerajaan adalah menjaga keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Banyak negara tidak aman. Bila keadaan begitu usaha bangun dan majukan negara akan terganggu. Rakyat mahu kerajaan bertegas dalam menghapuskan ancaman pengganas

    ReplyDelete
  7. Perang wajib dielak tapi kita tak tau bila orang nak ssrang kita.

    ReplyDelete
  8. Kita negara berdaulat. Tidak ada siapapun menggugat kedaulatan tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...