Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 27 November 2013

PEMBANGKANG BERANI KA BUAT MACAM INI ?


Aku perhatikan salah satu sikap pembangkang di Malaysia ni ialah sentiasa rasa diri mereka sempurna, hebat dan jauh lebih hebat daripada orang lain termasuk dalam kalangan kawan kawan mereka sendiri.

Sebagai sebuah parti, kita tengoklah apa berlaku dalam Muktamar PAS. Perwakilan mereka menggelar pemimpin mereka MR ARROGANT. Tengok pulak dalam DAP, cacamarba, huru hara. PKR ? Paling teruklah !

Isu air di Kelantan boleh jadi satu contoh yang sangat baik. Sampai sekarang PAS tak pernah mahu mengaku mereka telah gagal, gagal mutlak ! Hudud pun sama macam macam dalih mereka berikan walaupun hakikatnya selepas 20 tahun mereka BARU MENUBUHKAN JAWATANKUASA ( BUKAN PELAKSANAAN TAPI JK BAGI MENGKAJI PELAKSANAAN ! )

Pembangkang tak pernah dan tak mampu mengaku kesilapan dan kelemahan !

Lihat bagaimana berbezanya... DI SINI ...

Jiwa besar...berlapang dada. Kalau orang lain tobatlah !

Perhatikan ' jiwa bapanya '... Walau bagaimanapun beliau berkata, JPJ tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Masalah utama berpunca daripada kapasiti komputer atau rangka utama sistem itu.
( Dia tak balun JPJ walaupun apa yang berlaku , dia yang kena jawab )

Aku rasa JPJ pun syok. Dapat pembelaan.

Cuma aku nak syorkan satu perkara, aku harap dapat perhatian. Usah hanya perbaiki komputer dan sistem. Perhatikan juga manusianya. Aku rasa ( aku harap aku tak silaplah ) pegawai dan kakitangan JPJ ni agak ketinggalan dalam banyak hal.

Kebajikan mereka perlu diberi perhatian. Gaji, elaun, kebajikan keluarga, anak anak mereka. Benda benda ni kita jarang dengar.

Kalau benda benda asas ini dapat dipenuhi, mereka gembira dan bahagia, aku yakin prestasi mereka akan dapat dipertingkatkan. Dengan sendirinya JPJ akan tampil berprestasi lebih tinggi sejajar dengan jabatan jabatan lain. 


7 comments:

  1. Salam tuan, perkara yang sama berlaku di kementerian pelajaran. Malangnya, tidak ada yang simpati kepada kami guru sebaliknya kami dihukum mmberikan surat tunjuk sebab. JPJ bernasib baik kerana menteri memahami.

    ReplyDelete
  2. Abang saya seorang penguatkuasa JPJ. Kerjanya berisiko, persepsi orang sentiasa negatif tetapi saya dapat tahu kerjaya ini bukan kerjaya yang menjadi pilihan ramai orang.

    ReplyDelete
  3. Nak buat camne....dulu jpj bertaring.....sekarang ni taring jpj dah diambik spad. Jadi syed hamid je le yg bertaring. Hahahaha.....pemandu teksi pun tengok jpj angkat jari tengah. Apa ada. Xlak helan lo.....jpj saman cermin gelap dan no plat x ikut spec saja ma.......bro h20, you must do something. Moral pegawai jpj ni dah merudum dah ni......nasib baik le kenyataan pasal computer jpj tu x sama sama persalahkan pegawai jpj. ...kalau x mampus semua bungkus

    ReplyDelete
  4. Aku nak cadangkan satu perkara. Menteri menteri UMNO duduk semeja, sulit dan mendalam. Fikirkan kaedah mengangkat maruah penjawat awam. DAP nampaknya sedang secara terancang menjatuhkan maruah penjawat awam. Umumnya Melayulah...

    ReplyDelete
  5. Saya setuju sesuatu dibuat bagi memulihkan maruah semua penjawat awam. Yang boleh lakukannya ialah kerajaan. Lakukan sekarang...

    ReplyDelete
  6. DS Hishamuddin hanya pemangku. Saya harap dia tak lupa kewajipan sebenar dia jaga tentera dan keluarga mereka.

    ReplyDelete
  7. Hari ini kita dapat lihat betapa anak dan keluarga anggota tentera dibela. Saya harap pembelaan yang sama diberi kepada semua kakitangan kerajaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...