Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 6 November 2013

TOLONG AKU YER...

Assalamualakum semua. Apa khabar? Aku doakan semua pembaca blog ini sentiasa beroleh kehidupan yang baik. Apa lagi di awal tahun 1345 hijrah ini.

Maaflah, aku orang baru. Ini post aku yang pertama. Ini blog aku satu satunya. Aku harap dapat bersama sama meriahkan dunia blog ini.

Aku hanya baru menulis blog. Membaca blog aku dah lama. Memang gila aku membaca blog ni. Apapun blognya , siapapun penulisnya, apa kecenderungannya. Semua aku baca asalkan berbahasa Melayu.

Hang Tuah pernah berkata " Takkan Melayu Hilang Di Dunia " Ungkapan ini aku rasa benar. Maklumlah, diucapkan oleh Pahlawan Melayu paling terbilang dalam sejarah walaupun ada yang meragui kewujudannya.

Walaupun ungkapan ini dah lama tapi ramai orang menjadikannya asas untuk bercakap, berceramah dan berhujah. Sehingga aku yakin ada orang Melayu bangga benar dengan ungkapan ini.

Aku pulak bila tengok perkembangan dalam negara akhir akhir ini mula berasa khuatir dan tertanya tanya. Orang Melayu ini selagi mampu membiak, selagi itulah tak kan hilang di dunia.

Tapi persoalannya, adakah orang Melayu akan kehilangan dunia. Mungkinkah nanti orang Melayu dah tiada dunianya sendiri seperti di Singapura? Seperti di Pulau Pinang ? Di Selangor ?

Anak cucu aku akan ke mana selepas ini?

Inilah kebimbangan aku. Inilah sebab kenapa aku kena ada blog. Aku tak kenal sesiapa pemimpin untuk aku lontarkan kerisauan aku. Kalau aku kenal sesiapapun, aku bimbang mereka tidak mahu mendengar resah gelisah aku.

Biar aku berblog. Aku boleh luahkan apa saja yang aku rasa, aku fikir.

Korang tolong aku yer. Terimalah blog aku sebagai rangkaian. Mungkin aku tak cukup bijak, tak cukup ilmu. Tapi aku boleh jamin korang, dengan jiwa raga aku, aku akan pertahankan umat Melayu ini.

Aku jamin korang, aku tak kan khianat perjangan Melayu, insyaallah.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...