Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 18 November 2013

WAU!!! MANCHESTER UNITED LAMAR MAT YO !!


Kuala Lumpur 18 Nov - Kelab Gergasi Bolasepak dunia Manchester United hari ini menghantar wakil ke Kuala Lumpur bagi membincangkan kemungkinan membeli bintang bolasepak Malaysia, Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talha.

Ini adalah ekoran daripada prestasi memberangsangkan pemain tersebut 
sewaktu mewakili negara mahupun Pasukan JDT.

Terma perjanjian dan pengurusan berkaitan jual beli bintang ini sedang diperinci dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Hah ! Inilah berita yang sepatutnya rakyat Malaysia baca. Maka seluruh negara akan berasa bangga dan tentunya peristiwa ini akan menjadi sejarah manis bolasepak negara.

Ini tidak. Bila ada berita berkaitan bolasepak jer, tak de lain. Berita tentang kekalahan atau kontroversi.

Terkini Shafie Sali dengan pegawai MSN. Sebelum ini Khairy dengan FAM.
Sebelum itu macam macam lagi.

Bosanlah ! Sesuatu mesti dibuat. Semua pihak terbabit mesti berjiwa besar.
Bintang tak boleh dilahirkan secara tiba tiba. Ia perlukan satu proses. Kita ada ramai pakar.

Kalau perlu, mulakan dari sekolah rendah. Tubuh JK Khas untuk kemajuan bola sepak. Beri mereka dan bajet. Sediakan KPI. Usah banyak sangat kelang keloknya.

Sampai masa bila nampak tak menjadi, tukar kaedah. Tukar orang. Aku rasa kita lebih daripada mampu. Soalnya kita mahu atau tidak melihat bola sepak melonjak saujana.

Sukan sampai bila bilapun adalah alat. Sebahagian dari matlamatnya ialah mengangkat maruah bangsa dan negara !


3 comments:

  1. Paradigma perlu berubah. Sukan mesti dilihat sebagai sukan, bukan politik, bukan bisnes.

    ReplyDelete
  2. Negara yang tengah perang, negara miskin semua di atas. Kita duk di bawah sampai kiamat !

    ReplyDelete
  3. Main dengan JDT dan Harimau Malaya pun tak duduk dalam kesebelasan utama pun masih nak cakap banyak. Nak bercakap lebih tu boleh tapi cermin diri tu dulu. Jangan hanya nak bersandarkan pada kenangan kejayaan pada Piala AFF Suzuki yang lalu. Dah basi... Lainlah kalau Nicol David yang cakap..juara dunia. Baru ada class.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...