Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 20 November 2013

SORRYLAH ! SHAHRIZAT DAN SPR SAMA SAMA TAK LAYAK !


Serius nih ! Bosan dan menyampah dengan berita macam ini.

' Pakatan Bohong - SPR '

Tindakan Pakatan Pembangkang menafikan pernah membuat tuduhan kerajaan membawa masuk 40 000 pengundi warga Bangladesh dalam PRU 13 dianggap pelik dan membohongi rakyat,

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pembangkang sejak sebelum pilihanraya umum lagi berkali kali mendakwa kerajaan membawa masuk kira kira 40 000 pengundi dari luar walaupun telah dinafikan oleh SPR.

Penipuan dan fitnah ini bukan politik. Ini melibatkan wibawa sebuah badan bebas iaitu SPR. Ini isu undang undang. SPR pun tipu jugak kata nak SAMAN. Bila lagi, samanlah. Selagi tak saman dan mahkamah belum putuskan selagi itulah rakyat percaya SPR dan UMNO yang tipu.

Manusia pembangkang ni dia tak takut dosa tapi aku yakin dia takut mahkamah. Saman, rakyat tunggu. Tak payahlah nak ulas ulas lagi.

Shahrizat, maaf. Ko tak usah nak komen komen. Orang UMNO dah patah hati dengan ko. Bila ko tarik saman Rafizi tu, orang UMNO mula ragu dah sebab kenapa ko saman dulu.

Tak payah nak cabar Anwar suruh buat laporan polis. Ko tu kalau berani buat laporan polis pasal Anwar tipu. Lepas tu bila dah bawak ke mahkamah, ko tariklah . Apa ada hal.

Biar orang UMNO di akar umbi setengah mati berjawab...

Inilah UMNO. Nampak berani tapi takut. Sebab itulah sebenarnya pembangkang langsung tak susah hati. Lepas tipu, bohong. Lepas bohong tipu. Begitulah tak tau bila nak berakhir segala tipu muslihat nih !


1 comment:

  1. Pemimpin UMNO ni saya perhatikan semacam suka mengugut untuk dapat publisiti. Kemudian tidak ada tindakan susulan. ini yang kadang kadang membuatkan rakyat jadi ragu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...