Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 19 January 2014

TERPAKSA !! BERSEDIA UNTUK BERPERANG !



Aku pasti tak ramai menyangka peristiwa berdarah Lahat Datu akan berlaku. Aku yakin kita kebanyakannya percaya kita tidak mungkin akan terbabit dalam perang.
Sangkaan inilah yang sebenarnya menyebabkan kita alpa, tidak ambil berat dan apabila ianya berlaku kita semacam tidak cukup bersedia.

Peristiwa Lahat Datu telah mengajar kita banyak perkara.

1. Perang tidak mustahil berlaku dalam negara kita
2. Mungkin ada unsur dari dalam negara menjemput 'kuasa luar' datang menjajah kita
    kerana mereka gagal meruntuhkan negara dari dalam.
3. Seperti Afganistan, Iraq, Mesir dan Tunisia, perang saudara berlaku akhirnya
    membuka pintu kepada kuasa asing dan rakyat terbanyak menjadi korban.

Barangkali bersedia mendepani sebarang kemungkinan, Menteri Pertahanan nampaknya terkehadapan dalam membuat persiapan. Baru baru ini Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel bagi memperincikan program latihan ketenteraan bersama antara kedua dua negara.

Aku suka kenyataan Hishamuddin sempena pertemuan itu. Katanya " Kerjasama dua hala ini penting sebagai langkah membina keyakinan pertahanan di Rantau Asia Pasifik selain memberi teknik latihan dan pengalaman baru kepada anggota tentera kedua dua negara ".

Ada dua ' inti ' kenyataan Hishamuddin ini. Pertama Malaysia akan menjadi unsur utama bila bercakap tentang pertahanan di Rantau Asia Pasifik dan yang kedua Malaysia bukan nak belajar daripada Amerika tetapi bertukar teknik dan kepakaran.

Kenyataan balas Chuck Hagel sebenarnya mengangkat kita, " Malaysia adalah rakan penting Amerika di Asia Tenggara. Banyak sumbangan yang Malaysia berikan kepada keselamatan dan pertahanan sama ada sebagai sebuah negara mahupun sebagai anggota ASIAN ',katanya.

Aku nak ucap tahniah kepada Hisham dan Kementerian Pertahanan. Kita tak suka dan kalau boleh nak elakkan perang tetapi kita kena akui kenyataan jika kita lemah, kita sentiasa boleh diancam.

Dan kenyataan yang tak boleh disangkal, jaminan keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang rakyat pilih...


3 comments:

  1. Selain kekuatan tentera, perpaduan akan menyebabkan negara kita disegani. Kalau kita asyik bertelagah, memang negara akan hancur. Apapun tahniah kepada Kementerian Pertahanan kerana melakukan pembaharuan

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin mula mengorak langkah ke peringkat antarabangsa. Ini latihan yang baik untuk beliau. UMNO sebenarnya perlu membuka ruang untuk pelapis menimba sebanyak mana pengalaman supaya dapat melaksanakan tanggunjawab dengan berkesan

    ReplyDelete
  3. Anon 2307. Setuju sangat. UMNO wajib membuka pintu kepada barisan pemimpin pelapis sekarang ni. Selepas AI kena pecat kita kehilangan satu generasi pemimpin pelapis.....sekarang ni nampak nye kita dah ada tokoh tokoh dan pesonaliti yg wibawa mcm Bro Hisyam ni dan vp umno yg lain sebagai pelapis. Hisham dalam diam dan dalam mode yg tidak popular mengorak langkah ke arah peningkatan reputasi dan wibawa diri beliau. Dia masih lagi suci. Anak isteri dia setakat ni belum ada apa apa.cite yg boleh menjadi isu. Harap harap mcm tu le sampai ujung. Jgn jadi mcm setengah org isteri lebih dari suami sampai rakyat pun meluat. Ada pula anak pemimpin yg jadi sensasi sb boros duit sampai xde apa dah nak buat jadi producer filem hollywood sedangkan kalau bantu industri filem tanah air pun cukup bagus. Tapi puak puak ni mak bapak depa nak jadi pemimpin org melayu sb nak sapu duit negara ni.....tapi anak cucu langsung xde semangat patriotik dan sayangkan negara. Harap harap Hishamuddin x jadi lagu tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...