Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 27 January 2014

KALAU BENAR KAWAN AKU KATA...


Serius ! Kawan aku kata Hishamuddin Hussein adalah pendengar yang baik. Kawan aku adalah ketua Pemuda Bahagian sewaktu Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebenarnya aku dengar tentang kemahiran melayan Hishamuddin ni dah lama. Sesiapa sahaja boleh berjumpa dan bercakap dengannya jika masa yang disusun betul dan sesuai dengan jadual kerjanya.

Atas keyakinan itu aku ingin melontarkan pandangan kepada Hishamuddin, Menteri Pertahanan yang menjaga dan menjayakan Program Latihan Khidmat Negara( PLKN).

Selama ini aku rasa Kerajaan begitu lurus. Bila buat undang undang tak boleh berpolitik dalam kampus, UMNO pun tak masuk ke kampus kampus IPTA/IPTS.
Ruang ini diisi dengan rakusnya oleh Parti Pembangkang, khasnya PAS. Mereka beruntung walaupun mahasiswa ini ditanggung oleh Kerajaan UMNO.

Aku percaya perkara yang sama berlaku kepada peserta PLKN. Kajian aku, sejak dimulakan pada 2004, Kerajaan khasnya UMNO tidak pernah menggunakan program ini untuk survival politik UMNO. Rugilah kita...berbilion ringgit dibelanjakan tapi laba politik tidak kita perolehi.

Yang dah lepas biarkanlah terlepas. Tapi yang akan datang, jangan dibiarkan tanpa diadun dan dicanai menjadi penyokong kita. Apa salahnya ? Kaji modul latihan. Aku tengok, kalau modul ini dilaksanakan dengan berkesan dan jujur, anak anak ini akan keluar sebagai penyokong kita.

Pembinaan sahsiah, membina dan memperkukuh negara bangsa, membangun patriotisma, menyubur nilai murni dan banyak lagi. Jika benar benar didedahkan maka aku yakin sangat kita akan dapat melatih dan melahirkan pengundi pengundi kita.

Jadi apa yang aku harap daripada DS Hishamuddin, jika masih pendengar yang baik seperti dahulu...

1. Pastikan modul yang telah dirangka dilaksanakan dengan tepat, berkesan

2. Pastikan pegawai, fasilitator, jurulatih mempunyai ' jiwa UMNO ' tulen.

Usah lagi ' lurus ' dan pembangkang mencuri peluang. Kalau kita dapat laksanakan benda ini dengan berkesan, yakinlah UMNO akan kekal utuh dan kukuh. Datuk Seri tampil sebagai sebahagian daripada penyelamatnya...insyaallah.


10 comments:

  1. Setuju. Saya dah lama tengok kerajaan umno macam tak bijak berpolitik. Belanja banyak wang contohnya ptptn, akhirnya peminjam sokong pembangkang sebab pembangkang kata tak payah bayar. Padahal tak de ptptn, ramai tak mampu masuk u.

    ReplyDelete
  2. Anak aku adalah bekas PLKN. Balik PLKN nampak banyak berubah perangainya. Makin baik, berdikari. Politiknya tak taulah pulak.

    ReplyDelete
  3. Kelemahan kerajaan yang saya perhatikan ialah kegagalan mempastikan pelaksana mempunyai keinginan menjayakan sesuatu program yang kerajaan jalankan. Sebagai contoh, saya dapati ramai guru menyokong pembangkang sedangkan mereka tahu apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat adalah amat baik. Antara faktornya ialah pemimpin kepada program ini tidak ditapis, dipilih dengan betul. Ini menjadi punca penyebaran jiwa pembangkang dan kerajaan yang merancang, mengeluarkan kos tidak mendapat faedah. Saya bersetuju dengan penulis supaya Datuk Hishamuddin boleh memantau pelaksanaan PLKN kerana saya mendapat maklum ada jurulatih kadang kala mempengaruhi peserta untuk cenderung kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Aku suka sgt la cara Hisyam ni. Dia dah mula gerakkan inisiatif pengkaderan umno ni. Selain dgn PLKN, squad pemantau org muda JPJ pun dilancarkan dah. Baguih le pula Hisyam ni. Dalam senyap senyap byk benda dia buat. Memang dia ni bak kata org putih dengan izin.....a prime minister material.
    Bravo. Syabas. Tahniah.......

    ReplyDelete
  5. Politik ada seninya. Sebab itu aku kata Nuar Brahim bijak. Apa dia buat selalu mengangkat diri dia. Menyebabkan dia berada dalam frame. Datuk Hisham tidak berpolitik untuk peribadi dia. Dia mungkin jaga parti tapi hampir bahaya dalam pemilihan.

    ReplyDelete
  6. Teruskan datuk. Sekarang kalau nak survive kena bijak dan berani. Jika lemah, kita kalah !

    ReplyDelete
  7. UMNO sedang berada di persimpangan. Jika tersilap langkah, UMNO berdepan risiko kalah PRU14. Oleh itu amat perlu untuk pemimpin yang ada mengambil kesempatan yang ada untuk kukuhkan kedudukan UMNO.

    ReplyDelete
  8. Aku sebenarnya dah malas nak cakap pasal pemimpin Umno ni. Macam macam dibuat tapi tak datangkan untung politik. Balik balik pas yang dapat faedah. Aku harap Datuk Hishamuddin Hussein dapat tengoklah benda ni.

    ReplyDelete
  9. Masa telah sampai untuk pimpinan UMNO menilai semula pencapaian masing masing. Tak boleh dibiarkan Najib bersendirian dalam memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  10. Saya dapati Kerajaan mempunyai perancangan yang baik. Cuma masalah timbul diperingkat pelaksanaan. Kerajaan selepas ini perlu mempastikan sesuatu yang dirancang mendapat kesan yang baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...