Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 25 January 2014

SEKARANG BARU KHALID TAHU !!


Aku boleh kata Khalid Samad ni sombong. Cakap dia, penulisan dia seolah olah dialah yang paling hebat di dunia. Semalam buku dah bertemu ruas. Khalid kena balun macam dia sebenarnya tak tau apa apa.

Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) membidas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menuduh badan agama itu menjadi alat pihak tertentu dalam isu Kalimah ALLAH sehingga mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa berkata kenyataan Khalid itu amat tidak bertanggungjawab dan dibuat tanpa melakukan semakan. MAIS menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor kerana ia dibuat mengikut Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam { Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam }.


Kenyataan beliau hanya bertujuan mengelirukan rakyat daripada mengetahui fakta sebenar tentang tindakan JAIS yang jelas bermotifkan politik sempit dan bersifat memecah belahkan masyarakat.

" Sebagai Wakil Rakyat beragama Islam beliau sepatutnya lebih sensitif atas tindakan pihak tertentu yang cuba mencemar kesucian Agama Islam dan melanggar undang undang secara terang terangan ".

Yang syoknya bila Pengarah MAIS menyatakan " Kami amat kesal kerana meskipun beliau seorang pemimpin veteran dan wakil rakyat tetapi prinsip asas perundangan negara tidak diketahui "..maknanya dalam kata lain, Khalid ini bodohlah walau dia selalu mahu kelihatan bijaksana.

Selama ini MAIS ambil pendekatan tak jawab bannyak. Nak jaga banyak perkara. Sekarang aku nampak MAIS atau JAIS dah mula tunjukkan keberanian.

Ini masa sukar bagi Khalid dan kuncu kuncu liberalnya. Aku tak sabar nak dengar respond Khalid....


1 comment:

  1. orang 2 MAIS dan JAIS ni ramai yang pro PAS. Macam mana lawan cakap bos ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...