Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 18 August 2014

MUHYIDDIN DAN ZAHID ADALAH DATUK DATUKNYA !

Maka sekali lagi pemimpin yang kita kasihi Tun Mahathir menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.di sini

Seperti biasa Tun M tidak pernah gagal mencapai hasratnya, menegur dengan jelas dan semua kita percaya bahawa Tun M tiada niat lain selain ingin melihat kebaikan untuk bangsa dan negara.

Cuma aku rasa tidak betul bilamana ada orang dengan segera mencadangkan gandingan Muhyiddin- Zahid untuk bangkit dan menggantikan Najib. Ini tidak boleh berlaku kerana Muhyiddin- Zahid adalah antara ' datuk datuk ' yang Tun M maksudkan.


Yang wajib berlaku ialah Najib dan seluruh ' datuk datuknya' membuat pembetulan segera agar apa yang dibimbangi Tun M tidak berlaku. Ini bukan masalah Najib secara peribadi tetapi Najib secara berpasukan.


Apa yang Tun M suarakan adalah apa yang sebahagian besar orang Melayu rasakan. Aku ingin memberikan saranan. Jangan ada datuk datuk di sekeliling Najib menjawab, memberi justifikasi. Orang Melayu khasnya bukan mahukan jawapan tetapi perlukan perubahan serta merta.



Negara sedang berada dalam keadaan krisis. Rakyat sedang berdukacita dengan musibah MH 370 dan MH 17. Najib perlu memimpin umat ini dengan cara yang betul. Ada datuk datuk di sekeliling Najib perlu diganti. Ada yang lebih liberal daripada Anwar Ibrahim.

Najib perlu ada keberanian untuk berubah dan penting untuk berubah mengikut kehendak rakyat khasnya penyokong setia, bukan berubah mengikut kehendak orang yang jelas menolak.


Kita ucap terima kasih kepada Tun, cuma kita harap Tun tidak berpatah hati.



5 comments:

  1. Setuju. Ini bukan cerita najib sorang. Yang dikeliling kena bertanggungjawab sama.

    ReplyDelete
  2. Saya hormati Tun M tapi saya tak fikir ini masa yang sesuai untuk membuat teguran terbuka. Mungkin Tun boleh berjumpa bersemuka dengan Najib.

    ReplyDelete
  3. Najib kena respon. Yang bercakap ini TUN M. Jangan biarkan ia melarat dan merebak. Rakyat sebenarnya bosan khasnya Najib dan pasukannya terlalu takut khasnya kepada Cina.

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan DS Najib duduk, muhasabah dan lakukan perubahan.

    ReplyDelete
  5. cadangkan najib pergi bercuti lagi, tinggalkan semua kusut masai samapi reda, bila tun pun dah senyap baru balik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...