Aku percaya memang adab dalam berorganisasi, jika ketua kita ditegur atau dikritik kita perlu dalam keadaan tertentu mempertahankan ketua kita. Namun ada beberapa perkara harus diambil kira
1. Siapa yang menegur
2. Apa bijik buah teguran
3. Bagaimana cara kita membalas teguran itu.
Aku perhatikan apabila Tun Mahathir menegur DS Najib ada orang yang memberi reaksi melampau sehingga ke tahap tidak wajar. Aku rasa semua orang dah baca tulisan Tun M dan faham apa yang dimaksudkan. Dan aku nak nyatakan jugak, ini jugaklah yang dirasakan oleh orang kampung, orang Melayu.
Pada waktu DS Najib diboo, dihina, digelar dengan pelbagai gelaran yang buruk tak de pulak orang ini melantun mempertahankan.
Apapun aku suka cara DS Hishammuddin menjawab isu ini. Rasanya tak ada orang marah atau kecil hati. Jangan kita lupa, Tun M bukan orang biasa. Beliau ialah idola jutaan rakyat Malaysia...
Kata DS Hishamuddin..baca laporan berikut...
Hormati, enggan aibkan Dr M
Jelasnya lagi, beliau bagaimana pun menghormati pandangan bekas perdana menteri itu walaupun tidak bersetuju dengannya.
"Tun Mahathir tak pernah lokek dengan pandangan dan teguran tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya.
"Pada masa sama saya tak nak aibkan pandangan Tun Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangannya sendiri," kata Hisham pada sidang media di Kementerian Pertahanan tengah hari ini.
Mahathir (kiri) dalam tulisan terbaru di blognya menarik balik sokongannya kepada Najib selama ini kerana Najib dilihat berlembut dalam isu-isu yang kritikal.
Laporan lanjut baca...di sini..
Betul. Terima teguran buat penambahbaikan.
ReplyDeleteTun M orang hormati. Kita boleh jawab sebab ini bukan soal Najib seorang dan situasipun berbeda. Cuma cara jawab kena sopan.
ReplyDeleteRamai nak jadi HERO
ReplyDeleteKadang kadang kaedah kita tak betul niat elokpun jadi tak berguna
ReplyDeleteAmbik positif. Yang elok kekal, yang kurang perbaiki
ReplyDeleteHishammuddin lebih berhemah. Hormati negarawan adalah sebaik baiknya. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
ReplyDeletedato' dato' yang nak mempertahankan najib ni jangan pulak nanti sokong membawa rebah. cuba dengar dan teliti teguran tun m. jangan cepat je nak kata tak setuju.
ReplyDeleteSaya percaya Tun M berniat baik cuma caranya agak keras. Kadang kala manusia kena dikejutkan supaya dapat bingkas bangun melakukan sesuatu.
ReplyDeleteLepas ni harap buat pembetulan. Ada sikit masa lagi
ReplyDeleteMasa macam inilah kita boleh kenal hati budi orang
ReplyDeleteBaik pendekatan ini. Pertahankan bos dalam masa yang sama tak lukakan hati orang lain.
ReplyDeletePd aku, org tegur sbb sayang, supaya kita perbaiki, tak nak kita jatuh. Klu tak sayang, lantaklah apa nak jadi. Tun pulak seorg yg sgt berpengalaman.
ReplyDeletePendirian aku, teguran, kritikan, even umpatan dan kejian org terhdp kita, take it positively, mana yg ada kebenarannya, boleh kita baiki, kita baiki, mana yg tak betul, abaikan je, mana yg tak mampu kita baiki, kita mintak nasihat mcm mana nak baiki, samada dr pengkritik atau dr org org yg berpengetahuan yg mungkin dr penasihat penasihat.