Aku rasa ini sejarah yang luar biasa. Ia tak pernah berlaku tetapi mungkin berulang. Bayangkan satu Malaysia serentak menyerahkan segala urusan kepada Tuhan. Bayangkan satu Malaysia serentak berkongsi perasaan.
Ini sesuatu yang luar biasa. Tak pernah berlaku dalam sejarah. Tahniah kepada yang merancang. Sesuatu yang amat bermakna, membuktikan jika dan bila perlu kita pasti boleh bersatu...
Rakyat akan bertafakur serentak 22 Ogos ini
15 OGOS: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Netherlands.
“Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara…adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat pada Jumaat.
Hishammuddin berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.
Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.
Hishammuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istidat itu, yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dua jenis aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu lima pesawat C130 dan lima helikopter Nuri kemudian akan menghantar jenazah ke negeri masing-masing bagi upacara pengebumian.
“Kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil alih urusan pengebumian jenazah-jenazah itu apabila tiba di negeri masing-masing dan mengadakan istiadat mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya.
Sebanyak 16 jenazah termasuk enam yang beragama Islam akan tiba di LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 22 Ogos ini.

Alhamdulillah. Kerajaan kita melalui DS Hishammuddin telah memberi makna baru kepada Malaysia dan rakyat seluruhnya. Hidup beragama.
ReplyDeleteTerbalik. Pas dah lupa Tuhan, UMNO pulak yang rapat dengan Tuhan.
ReplyDeleteSemoga kita lebih bersatu demi agama dan bangsa kita.
ReplyDeleteMungkin Hishammuddin tak rancang, tak sedar pun. Semua peristiwa ini telah mengangkat diri ke tahap yang wajar dihormati.
ReplyDeleteKita bercakap tentang penyatuan rakyat. Insyaallah bila kita bersatu banyak perkara akan dapat kita capai
ReplyDeleteSaya berada dalam sidang media ini. Kalau tak silap saya Datuk Hishammuddin berkata majlis akan bermula dengan bacaan doa dahulu sebelum bertafakur.
ReplyDeleteTerima kasih atas makluman
DeleteKita doa supaya musibah tidak lagi berlaku kepada kita.
ReplyDeleteSaya kerap membaca kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau selalunya mengaitkan semua perkara dengan unsur Ketuhanan. Ini sangat baik dan perlu dikekalkan supaya dapat dicontohi oleh rakyat
ReplyDeleteWalaupun segalanya dah berlaku tapi kita jangan lupa atau gentar untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan
ReplyDeleteDakwa penjenayah ini. Kalau tidak mereka akan menilai kita sebagai bangsa yang lemah.
ReplyDeleteHishamuddin ni bos aku dulu. Masa tu huru hara macam aku gak. Sekarang berubah 100%. Tahniahlah, semoga terus berjaya. Walaupun dah habis Pemuda dia aku tgk steady lagi. Aku dah pencen ! Tapi jiwa tetap UMNO.
ReplyDeleteTak payah nak mengaku lebih Islamik. Perbuatan orang dah boleh nilai
ReplyDeleteMohon Allah pelihara kfita dan pemimpin kita yang bertungkus lumus berusaha untuk negara
ReplyDeleteKita diuji dengan berbagai ujian. Kita bersabar dan berserah. Insyaallah, Allah angkat darjat kita satu masa nanti
ReplyDeleteKadang kadang nasib jugak. Kita sedih denvan musibah tapi himahnya kita dapat bersatu. Kita jugak dapat melihat kebolehan pemimpin kita
ReplyDelete