Ini berita yang tersebar secara meluas di Selangor selepas Majlis Tertinggi PKR petang tadi membuat keputusan luarbiasa, memecat Khalid Ibrahim sebagai MB tanpa lebih dahulu merujuk kepada Sultan Selangor.
Perkiraan beliau adalah nombor dan angka. Untung dan rugi adalah congakkannya setiap detik dan waktu. Sumber menyatakan jika Khalid tidak bubarkan DUN lebih banyak kerosakan kepada Selangor, pentadbiran dan rakyatnya.
Khalid telah merujuk Tuanku Sultan. Khalid sudah mengadap Tok Guru Nik Aziz. Dan Khalid sudah mengkaji ' patern ' sokongan yang akan diperolehinya.
Sesuatu yang Anwar tidak jangka ialah ada ADUN PKR setia kepada Khalid mengatasi setia mereka kepada Anwar.
Tanpa mengambil kira apa reaksi UMNO, kesimpulan awal boleh dibuat. Anwar telah bertemu dengan ruasnya. Ironinya lawan yang akan menumbangkan Anwar ialah dari dalam partinya sendiri.
Artikel | 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.
ReplyDelete1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.
Baca seterusnya…
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409
Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!
Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.
Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.
11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014
Kah Kah Kah. UMNO mana?
ReplyDeletex nampak ke umno tengah bersorak riang bertepuk tangan?
ReplyDelete