Boikot Barangan DAP
Tuesday, 12 August 2014
MALANG BERGANDA PAKATAN ?
Kita orang Islam wajib percaya bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini tidak berlaku secara sia sia. Ini dapat dilihat bila berlaku krisis MB di Selangor.
Sekurang kurangnya dua perkara telah berlaku dengan sendirinya
1. Pakatan pembangkang yang selama ini menghentam SPRM kiri kanan, depan belakang kerana nak cetuskan kebencian rakyat, akhirnya terpaksa sujud memohon campurtangan SPRM.
2. SPRM yang selama ini mengambil sikap bertahan tiba tiba mendapat peluang untuk memberikan penjelasan. Apa yang selama ini menjadi lagu Pakatan hakikatnya tidak benar. SPRM bukan parti politik dan tidak pernah bekerja untuk mana mana parti termasuk parti pemerintah.
Artikel INI adalah berkaitan..
Aku secara peribadi sangat setuju dengan kaedah yang digunakan oleh SPRM. Bebas dan profesional. UMNO ke, PAS ke, DAP ke, semua sama. Salah tetap salah. Kalau tak mahu didakwa, jangan rasuah tak kira dengan apa cara sekalipun. Insyaallah negara kita akan lebih cepat mencapai matlamatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya suka bila Tan Seri Abu memberi kenyataan. Jelas dan tidak pernah emosi.
ReplyDeleteSaya memerhatikan dengan teliti SPRM khasnya selepas ia dijadikan sebuah Suruhanjaya. Saya tidak ketinggalan mendengar kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jika kita ikhlas kita akan dapati kebolehpercayaan tinggi harus kita berikan. Sehingga kini pelbagai tohmahan jahat terhadap SPRM tak pernah dibuktikan benar.
ReplyDeleteSPRM patutnya dah lama jawab. Tapi daripada tak jawab langsung, kira lewatpun takpelah.
ReplyDeleteCantikkkk...apa kata Lim Kit Siang?
ReplyDeleteTahniah Tan Seri Abu Kassim. Nampak berwibawa. Memang sesuai dengan jawatan dia.
ReplyDeleteSaya ucap tahniah kepada SPRM. Menjawab segera supaya rakyat tidak terperangkap dengan persepsi tidak betul
ReplyDeleteSPRM perlu bekerja tanpa sebarang campurtangan politik. Barulah rasuah dapat dihapuskan
ReplyDeleteBila dah sesak, sanggup pakatan melutut yer.
ReplyDeleteKalau aku pemimpin pakatan, aku taubat tak akan guna khidmat SPRM. Malu !
ReplyDeleteSelain dadah, rasuah adalah musuh No 1 negara. Kita perlu sokong usaha SPRM untuk menghapuskan rasuah.
ReplyDeletePDRM juga pada saya perlu ikut cara SPRM. Kurang bercakap banyak bekerja, bercakap hanya pada masa betul betul perlu sahaja.
ReplyDeleteMesra media tapi tidak mudah diperangkap, Inilah yang diperlukan oleh agensi sepenting SPRM.
ReplyDeleteSPRM KENA KEBIH BERANI. JANGAN TAKUT JIKA KITA BENAR
ReplyDelete