Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 17 August 2014

SIAPA ARAH AZIZ BARI PERLEKEH PAS ?

Aku rasa ini penghinaan kepada PAS. Dah bersusah payah berkelahi sesama sendiri, hilang maruah dalam kalangan ahli akar umbi, tiba tiba pengorbanan PAS tak berguna. Apa perasaan PAS ? Siapa yang arahkan Aziz Bari keluar kenyataan pedas ini? 

Aku rasa PAS tersinggung dan malu. Kenyataan Aziz Bari ini seakan akan amaran kepada PAS, jangan mintak apa apa. Tanpa PAS pun Pakatan boleh buat apa sahaja di Selangor ! Apa kata Mat Sabu ?



KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kemukakan 30 orang di belakang beliau 'game over' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas," demikian menurut bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai keputusan Pas hari ini.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas semalam sememangnya tidak membawa sebarang makna.

"Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.

"Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi kepada tuannya.

"Baiklah dalam bahasa mudahnya mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.

Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.

"Kalau nak main bola hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.

"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai belajar," katanya.

Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas semalam tidak membawa sebarang makna.

"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...