Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 11 August 2014

APA HUBUNGAN ANTARA PEGUAM NEGARA DENGAN TIAN CHUA ?


Aku rasa Tian Chua ini antara ahli politik yang paling banyak diadukan kerana mulut dan perangai buruknya. Bahasa kesat, maki hamun dan provokasi adalah mainan Tian Chua. Tian Chua pernah gunakan teknik superimposed sehingga DS Najib Razak kelihatan akrab, rapat dengan Althantuya. Tian bebas lepas termasuk mengajak rakyat merampas kuasa. Aku hitamkan perenggan di bawah sebab aku baca macam pelik sikit kenyataan tu...

MP Batu Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengaibkan seorang pegawai polis dalam satu kejadian April lalu.

Tian, atau nama sepenuhnya Chua Tian Chang, dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghamburkan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa menyebut “bangsat (bastard), polis bodoh (stupid polis), celaka (f@*k you) ke atas DSP Glenn A Sinappah yang cuba merampas telefon bimbitnya di Hotel Armada.

Beliau juga didakwa cuba menghalang kenderaan polis dari meninggalkan hotel berkenaan bagi mendapatkan kembali telefonnya.

Tian ketika ditemui di bangunan mahkamah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai penganiayaan politik ke atasnya dan mendakwa peguam negara sudah bersetuju untuk tidak menuduh beliau mengikut undang-undang hasutan.

"Ketika saya keluar dari satu majlis, polis tersebut tidak memperkenalkan diri dan mereka merampas telefon bimbit saya.

“Saya cuba menghalang mereka dan memaklumkan pada keselamatan hotel. (Polis) yang merampas telefon saya kemudian meminta saya pergi ke balai polis,” dakwanya.

"Saya disiasat atas dakwaan twit menghasut, yang mana tidak dijalankan, tetapi ini pula tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan kes pada 11 September.

Tian diwakili peguam Michelle Yesudas.

Naib presiden PKR berusia 50 tahun itu juga menghadapi dua tuduhan hasutan di mahkamah Kuala Lumpur.- Sumber

4 comments:

  1. AG dan Najib 2 x 5 aje. Kalau cina, sorilah mereka nak dakwa. Kalau melayu-"tindakan akan diambil walaupun tiada laporan dibuat" itu kata KPN. So kalau ada melayu yang masih lagi nak sokong UMNO, aku tak dapat nak komen lagi.

    ReplyDelete
  2. Pundek hanglah Anon !

    ReplyDelete
  3. Penting bagi kerajaan betulkan keadaan. Mungkin persepsi ni betul. Bila orang dah tak yakin susah nanti

    ReplyDelete
  4. Tian Chua kaki tipu. Korang pecaya buat apa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...