Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 4 August 2014

PANAS WEII !! LAGI DNA NAJIS DIKESAN !

Hiasan

Kisah DNA babi dalam Cadbury belum betul betul selesai. Sekarang timbul pulak isu DNA najis tapi bukan pada makanan . DNA najis ini pada hati, hati yang busuk, rosak dan penuh dengan hasad dengki dan dendam..Kita tak usah heranlah kenapa Umat Islam tak habis habis kena balun, kena hina.

Orang yang saban waktu cakap agama, perlakuannya berkulit agama tetapi hatinya jauh daripada mengamalkan amalan agama yang sebenar.

Maksud hadis Rasulullah SAW,

" Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya. Jika ia rosak akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah, segumpal daging yang aku maksudkan ialah hati ". Hadis riwayat Imam Al Bukhari..

Korang baca petikan di bawah...




Kalau bapa tinggalkan helang, Mukriz pula airport?

AHMAD FADHLI SHAARI | .

Sayup-sayup kedengaran dari utara berita Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengangkat cadangan agar satu lapangan terbang dibina di Kulim berikutan keperluan untuk menarik pelaburan ke bandar ini selain menepati permintaan penduduk tempatan.

Pada saya, cadangan yang dikemukakan oleh Mukhriz ini hanyalah satu agenda peribadi dan sama sekali tidak perlu disegerakan. Ini kerana negeri Kedah itu sendiri telah mempunya dua lapangan terbang buat masa sekarang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan Lapangan Terbang Langkawi. Ini ditambah pula dengan lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang terletak di Pulau Pinang juga tidak jauh jaraknya daripada negeri Kedah iaitu hanya 44 kilometer.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian semua pihak bahawa Kelantan wajib didahulukan dalam urusan pembinaan dan pembesaran lapangan terbang demi kemaslahatan bersama semua pihak.

Keperluan pembesaran terminal penumpang dan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu tidak boleh dinafikan lagi memandangkan jumlah penerbangan di lapangan ini sebanyak 31 penerbangan sehari.

Ini berikutan jumlah penerbangan yang begitu banyak direkodkan di lapangan terbang ini iaitu MAS sebanyak enam penerbangan, Air Asia lapan penerbangan, Firefly tiga belas penerbangan dan Malindo Air empat penerbangan.

Jika pembinaan lapangan terbang di Kulim dikatakan untuk memenuhi keperluan lima tahun akan datang, maka pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah untuk memenuhi keperluan segera.

Hari ini, dengan kepanjangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra iaitu 2,400 meter dan kelebaran 3,500 meter menyukarkan pesawat besar seperti A330 300, B777 200, B747 400 untuk melakukan pendaratan menyebabkan Lapangan Terbang Kota Bharu tidak boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Persoalannya, apakah faktor kegagalan kerajaan melakukan pembesaran lapangan terbang ini memandangkan pengambilan balik tanah telah dibuat semenjak tahun 1980-an lagi namun sehingga sekarang ia hanya digunakan untuk penanaman kelapa?
Perlu diingatkan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu adalah antara lapangan terbang tersibuk di Malaysia. Menurut data dari pihak Malaysia Airports sendiri, jumlah pengendalian penumpang di lapangan terbang ini semakin meningkat saban tahun.

Pada tahun 2011 contohnya, jumlah kendalian penumpang ialah seramai 1,132,345 orang dan ia meningkat kepada 1,259,205 orang pada tahun 2012. Ia jauh lebih ramai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan yang mencatatkan jumlah kendalian penumpang seramai 248,846 penumpang sahaja pada tahun 2011 dan hanya meningkat kepada 280,074 pada tahun 2012.

Bahkan jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra masih jauh di hadapan. Untuk rekod, jumlah kendalian penumpang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada tahun 2011 ialah seramai 407,717 orang dan pada tahun 2012 ialah seramai 433,644 sahaja. Data ini boleh diakses dengan mudah di laman web http://www.malaysiaairports.com.my/.

Kerajaan wajib menyedari bahawa pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bukan lagi isu politik. Ia wajar dipertimbangkan merentasi pertimbangan politik partisan yang sentiasa memenjara akal rasional.

Lokasi Kota Bharu atau lebih khusus lagi Pengkalan Chepa sebagai lokasi terakhir kepada mana-mana penerbangan dari Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan wajar dipertimbangkan sebagai lokasi yang paling dekat untuk pendaratan sekiranya berlaku sebarang keperluan di tengah-tengah lautan.

Tragedi yang menimpa MH370 pada bulan Mac lepas wajib dijadikan pengajaran bahawa ruang langit yang terbentang luas sentiasa terdedah kepada apa jua kemungkinan.

Hakikatnya, cadangan ini ialah untuk mewujudkan legasi Datuk Seri Mukhriz di bumi Darul Aman ini. Mukhriz masih belum meninggalkan apa-apa di negeri Kedah untuk dicanang sebagai kejayaan peribadi beliau semenjak menjadi Menteri Besar.

Paling tidak, bapanya telah meninggalkan seekor helang yang besar di Langkawi. Andainya cadangan untuk membina lapangan terbang di Kulim ini diterima dan dilaksana yang khabarnya kos pembinaannya dianggarkan RM1.6 billion, saya kira wajar sekali Kedah digelar sebagai Darul Airport selepas ini.


Ahmad Fadhli Shaari yang menulis bahan di atas adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan. Korang nampak tak sebab kenapa artikel ini ditulis? Aku tak nampak benda lain selain membuktikan betapa kotornya hati penulis ini. Kalau dia kata nak lapangan terbang di Kelantan, binalah. Setiap tahun Kerajaan pusat salurkan peruntukan kepada Kelantan walaupun rakyat tak pernah diberitahu perkara ini. Lupakan air kotor yang rakyat minum.

Banyak dah petanda ALLAH tunjuk supaya PAS buat pembetulan. Sudah sudahlah menabur benci sebab kebencian tak akan membawa Melayu Islam ke mana mana. Mari kita sama sama betulkan hati kita, mudah mudahan Allah berikan kita hidayah petunjuk..


3 comments:

  1. Pas tak baca hadis ni. Tatak untung punya..

    ReplyDelete
  2. Blogger bangang tahap gadang.

    ReplyDelete
  3. He..he..macai dah panas !! Jawablah oii !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...