Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 19 August 2014

KEPADA YANG TERLAJAK BELA NAJIB, BACA KENYATAAN TUN M !

SHAH ALAM - Selepas artikel berjudul 'Menegur' yang menyentuh mengenai kepimpinan perdana menteri dipaparkan di blog chedet.cc, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus dikejar media.

Pemimpin veteran itu bagaimanapun tidak melatah dengan menegaskan teguran yang disampaikannnya itu bukanlah bersifat peribadi.

Malah jelas Dr Mahathir, beliau tidak meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran kepada perdana menteri bersabit dasarnya.

"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

"Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, Najib juga terlalu berlembut dan "kadang-kadang tak respons, dan hanya berdiam diri".

Dr Mahathir dalam catatan blognya berkata, pemimpin yang tidak ditegur akan percaya apa yang mereka lakukan adalah betul.

Menurutnya lagi, beliau sudah berulang kali menegur pentadbiran Najib, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Dr Mahathir terlebih dahulu berkata, beliau terpaksa menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar dan tindakannya tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," tulisnya.- Sumber

2 comments:

  1. Murninya Tun. Cepat bagi penjelasan. Mana org yang bantai Tun M. Buat malu!

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya dalam Perhimpunan UMNOpun orang tegur tapi pemimpin UMNO jadikannya bahan lawak jenaka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...