Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 3 August 2014

AKU HARAP SESEORANG MENYAMPAIKAN NOTA INI KEPADA DS HISHAMMUDDIN HUSSEIN !


Baca kenyataan ini...

" Ini adalah Tanah Melayu- tanah orang orang Melayu. Ia adalah hak kepunyaan kita bukan sahaja dari segi sejarah tetapi juga pada sisi undang undang. Ia tidaklah boleh dilepaskan dengan membuat perjanjian perjanjian yang ditandatangani dengan cara Sir Harold Mac Michael telah membuatnya.
Perjanjian yang telah dibuat oleh datuk nenek kita dahulu itu tidaklah boleh disifatkan sebagai carik carik kertas sahaja. Orang orang Melayu tidak boleh membenarkan perkara yang seumpama ini berlaku dengan begitu sahaja. Masa hadapan kita adalah di dalam taruhan. Kita berazam hendak memperolehi apa yang menjadi hak kita ".

Petikan di atas adalah antara ucapan Almarhum Dato' Onn Jaafar sewaktu merangsang orang orang Melayu bangkit menentang idea Malayan Union. Maka ringkasnya orang Melayu telah bersatu menentang penjajah dan dapat membebaskan diri dari belenggu penjajahan.

Namun kebelakangan ini, aku dan aku percaya orang Melayu yang lain mula terasa macam ada satu bentuk belenggu lain sedang mengikat orang Melayu.
Aku rasa semacam ada ketakutan tertentu dalam kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu hakikatnya tidak lagi boleh berbangga menjadi Melayu.

Aku ambil contoh bilamana mendepani kes kes atau isu isu sensitif berkaitan agama atau bangsa. Pihak berkuasa begitu pantas, tegas mengambil tindakan jika pelakunya orang Melayu. Kalau pelakunya bukan Melayu tiada tindakan atau tindakan amat lambat diambil.

Ada kes sampai pemimpin UMNO seperti terpaksa ' merayu ' pihak berkuasa supaya bertindak kerana penghinaan melampau yang dilakukan tanpa sedikitpun rasa hormat kepada orang Melayu Islam. Seolah olah orang Melayu Islam ini ' tiada apa apa ' di tanah Melayu ini. Melayu atau UMNO sebenarnya telah hilang maruah.

Apa kaitannya dengan Hishammuddin ?

Apa yang sedang melanda umat Melayu perlukan tindakan pembetulan menyeluruh, tersusun dan bijaksana.
Aku bimbang telah banyak tanda orang Melayu tidak lagi berasa bangga menjadi Melayu. Orang Melayu sedang mengalami krisis dalaman yang serius. Bila Melayu bermasalah, UMNO jugak bermasalah.

Hishammuddin adalah salah seorang pemimpin kanan UMNO. Beliau lahir dalam keluarga pejuang dan pemimpin Melayu dan UMNO. Beliau adalah Naib Presiden UMNO termuda cukup pengalaman dalam parti.

Mengapa Hishammuddin ?

Sebenarnya sesiapapun boleh melakukan tugasan berat ini. Cuma aku nampak Hishammuddin kerap berdepan dengan suasana krisis dan bekerja dalam keadaan sukar. Sewaktu UMNO dilanda masalah politik wang, Hishammuddin telah mengepalai gerakan meminda cara pemilihan parti yang hakikatnya telah meminimakan masalah politik wang.

MH 370 adalah petanda besar betapa beliau boleh menghadapi cabaran besar. Beliau boleh bekerja tanpa henti tidak kira masa. Beliau boleh berurusan dengan semua lapisan manusia. Beliau jugak aku tengok tak kekok meluahkan fikiran dan perasaannya pada setiap keperluan.
Hishammuddin tidak pernah berpihak sewaktu UMNO dilanda krisis sebaliknya terbukti taat kepada ketua.Ini membolehkan beliau untuk betemu dengan sesiapa sahaja tanpa syarat.

Apa sebenarnya yang nak aku sampaikan ?

Aku jangka jika sesuatu tidak dilakukan segera , UMNO mungkin hilang kuasa pada PRU 14. Jika benar UMNO hilang kuasa, maka Melayu jugak akan hilang apa jua kebihan yang sekarang dimiliki.

Tiada siapa menduga begitu keputusan PRU 13. Apa yang tidak dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN ? Hampir segalanya telah dibuat tetapi UMNO/BN bukan pilihan utama rakyat. Yang menyelamatkan UMNO/BN adalah orang Melayu di kampung kampung. Orang Melayu dewasa.

Orang Melayu berpecah secara mutlak, malangnya alternatif yang ada bukan lagi berpaksi kepada orang Melayu. Dewasa ini penyokong tegarpun mula goyang bilamana Kerajaan UMNO/BN ini nampak sangat goyang dan seperti tidak mampu lagi menjadi pelindung kepada orang Melayu dan Islam. Setidak tidaknya inilah persepsi yang dimainkan.

Apa patut dilakukan ?

Satu masa dulu Dato' Onn Jaafar pernah menyatukan orang Melayu sehingga penjajahpun tumbang, aku percaya orang Melayu perlu disatukan kembali. Hanya penyatuan orang Melayu dapat menyelamatkan negarabangsa ini. Atau kita harus bersedia menjadi bangsa kelas kedua.

Usaha ini perlukan perancangan . Perancangan perlukan kepimpinan. Aku nak cadangkan supaya Hishammuddin mengadap Presiden parti. Kalau tak nak pakaipun teori aku ini, mintak izin Presiden parti untuk buat kajian. Kaji dengan mendalam. Aku percaya selama ini tiada mana mana pihak mengkaji 
' perasaan sebenar ' umat Melayu. TIADA.

Kalau ada sesiapa nak kata bodoh idea aku ini, katalah. Kalau orang kata aku nak ampu bodohlah orang tu sebab aku tak pernah perkenalkan diri aku kepada sesiapapun.

Cadangan aku ini hanya kerana aku tak nak perjuangan tok nenek aku, tok nenek orang Melayu jadi sia sia...

15 comments:

  1. Moral org Melayu dah jatuh. Susah nak dipulihkan.

    ReplyDelete
  2. Ada lagi ke perjuangan melayu? tak pernah dengarpun mana mana pemimpin sebut benda ni

    ReplyDelete
  3. Buatlah sesuatu. Apa saja sebab memang penolakan terhadap UMNO memang jelas terutama di kalangan orang muda. Mereka tak nampak peranan UMNO bahkan mereka tak terfikirpun pentingnya jadi Melayu walaupun mereka mendapat manfaat daripadanya.

    ReplyDelete
  4. Ini perkara besar. Perlu ditangani secara serius. Di mana mana org bercakap Melayu gah pada nama.

    ReplyDelete
  5. UMNO CAKAP PASAI MELAYU MASA MESYUARAT. LEPAS TU SENYAP TUNGGU MESYUARAT TAHUN DEPAN. MANA ORANG NAK PECAYA

    ReplyDelete
  6. Gandingkan Hisham dengan Mukriz.

    ReplyDelete
  7. Umno jena cepat. Aku di bawah tau bahaya yang sedang menunggu orang melayu

    ReplyDelete
  8. Umno jena cepat. Aku di bawah tau bahaya yang sedang menunggu orang melayu

    ReplyDelete
  9. Saudara,
    Saya bersetuju bahawa orang Melayu sedang mengalami masalah keyakinan. Saya juga bersetuju bahawa UMNO perlu melakukan kajian yang komprehensif, telus. UMNO pula usah berfikir untuk mencari laba politik semata mata sebaliknya melihat nasib Melayu di luar kerangka politik kepartian. Saya juga setuju jika Datuk Seri Hishammuddin diletakkan tanggungjawab kerana beliau dilihat berada pada kedudukan stabil pada masa ini. Alangkah baiknya jika ia juga melibatkan semua kelas masyarakat Melayu supaya ia benar benar memberi kesan. Cuma yang saya ragui ialah selepas kajian adakah kita mempunyai keberanian untuk bertindak memulihkan keadaan.

    ReplyDelete
  10. Aku tgk umno ni asyik serah kerja kat konsultan. Bisnes, akhirnya diri yang rosak !

    ReplyDelete
  11. Aku sapa nak jadi kepala aku tak kisah. Hishampun ok aku tgk. Tapi fokuslah, aku rasa Umno ni dah lari dari tujuan asal ia ditubuhkan.

    ReplyDelete
  12. Agak terlewat tapi lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa apa. Orang Melayu yang kecewa dengan keupayaan UMNO mungkin akan pergi meninggalkan parti ini melainkan UMNO benar benar dapat membuktikan kebolehannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam

    ReplyDelete
  13. Perjuangan Melayu memang ada pasang surutnya. Tahun 40an, 50an sehinggalah era Tun M. Cuma selepas itu orang tidak lagi bercakap tentang perjuangan Melayu sehinggalah sekarang. Pemimpin PAS menolak assabiyah, pemimpin UMNO takut hilang undi Cina dan India. Inilah dilemanya. Jika benar ada pihak mahu melakukan sesuatu untuk mengangkat maruah Melayu, saya pasti menyokong usaha tersebut.

    ReplyDelete
  14. Jika ada yang sampaikan kepada Pegawai Menteri pakai masuk tong lah !

    ReplyDelete
  15. Orang Melayu jgn berpecah. Tahun 46 boleh berpakat kenapa sekarang tak boleh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...