Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 4 July 2014

WANITA MELAYU TEWASKAN SAMSENG INDIA !

Cabut lari digertak wanita

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.
Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.
“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. “Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.
Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.
                                          Gambar hiasan
“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.
“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.
“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.
Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.
Ulasan
Kalau tempat selamat, ada ramai orang memang boleh buat macam yang Zeti buat tetapi jika di tempat terpencil, aku rasa elok fikirkan keselamatan diri dulu.
Apapun syabas kepada Zeti. Harap pihak berwajib dapat jalankan siasatan dan tangkap suspek. 

4 comments:

  1. ketua polis yg di adukan pula macha....hemmmmm di bakulsampahkanla

    ReplyDelete
  2. kita harap cerita/berita seterusnya perkara ini akan di siarkan, supaya kita tahu apa tindakan polis seterusnya, ini kes penting rakyat mahu tahu apa tindakan polis, jenayah ini akan berulang sekiranya ianya di bakulsampahkan. kita harap polis akan berkerja keras menghapuskan samseng samseng seperti ini, selamat menjalankan tugas kepada pihak polis.

    ReplyDelete
  3. Benar. Ada perkara perlu dirahsiakan, ada perkara perlu didedahkan. Semua perkara SULIT akhirnya apapun tak berlaku.

    ReplyDelete
  4. Samseng taik kucing !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...