Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 22 July 2014

DAHSYAT WEII !! KHALID IBRAHIM KATA ANWAR IBRAHIM BODOH KAKI FITNAH !


Baca betul betul kenyataan MB Selangor di bawah...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar baharu namun beliau mengingatkan bahawa perkara itu tertakluk kepada undang-undang.
Menurutnya, beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.
“Saya hormati keputusan itu. Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita bersifat fitnah, provokasi dan kontroversi yang tersebar.

Malah, beliau menegaskan kontroversi mengenai jawatan menteri besar itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri tersebut.

“Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.
Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR telah memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu selepas mencapai keputusan itu pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi.

Khalid semacam anggap kenyataan Anwar Ibrahim, Ketua Umum tak da apa apa. Macam fitnah, provokasi dan kontroversi lain yang tersebar.

Kedua Khalid bagitau kita Anwar sebenarnya bodoh. Tak tau prosedur dan cara bagaimana seorang MB dilantik di Selangor .

Aku nak tergelak. Macam betui bendoi jer Khalid. Tapi dia kukuh dengan prinsipnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...