Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 22 July 2014

GEMPAR !! BEKAS KETUA HAKIM NEGARA BAKAL DIDAKWA !!

Aku tunggu. Dalam sehari dua ni aku rasa akan ada mana mana Cina ker, India ker buat laporan polis terhadap Tun Abdul Hamid. Aku perhatikan untuk menyiasat Melayu satu laporan polis sudah memadai. Tapi untuk siasat Cina atau India, ratusan laporan polis belum tentu lagi berguna.

Sekurang kurangnya inilah persepsi Umat Melayu sekarang. Rugi bercampur bahaya menjadi Melayu di Malaysia.

Aku rasa Tun Hamid jugak boleh didakwa. Mengeluarkan kenyataan ' berbaur ' hasutan dan boleh menyinggung penganut Agama lain. Dalam masa yang sama kenyataan beliau boleh melukakan hati Lim Guan Eng DAP !

Ini laporan yang bahaya untuk ketenteraman awam tersebut :-

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

"Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

"Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara," tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.
Hamid menegaskan demikian di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Salinan ucapannyayang bertajuk 'Mempertahankan perlembagaan sebagai asas perpaduan negara', juga dimuatnaik di lamanweb beliau.

Bekas ketua hakim negara itu yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

"Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?" soalnya.

"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu 'naive' sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung," tambahnya.

Hamid merujuk kepada protes ekoran BN Perak mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mengulas mengenai isu penggunaan kaliman Allah, Hamid berkata beliau hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulamak tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran.

8 comments:

  1. sokong. ini bukan lagi tanah air orang melayu. tak taulah apa nak jadi anak cucu kita.

    ReplyDelete
  2. Dulu orang Melayu ada kuasa. Sekarang kita dah tak ada apa apa.

    ReplyDelete
  3. Ini kehendak Melayu Penang. UMNO depapun bukan solid. Kerja nak berkelahi sesama sendiri.

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu memang tak pernah insaf. Aku perhatikan UMNO ni langsung tak bergerak. Macam kuat sangat sedangkan DAP tak pernah berhenti berusaha.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni aku rasa cakappun tak guna. Baik jaga kawasan UMNO. Silap gaya jadi sejarah jer PRU 14 nanti

    ReplyDelete
  6. Melayu di Penang memang diperlekeh dan dihina tapi depa tak rasa apapun bahkan depa rasa macam hebat pulak !

    ReplyDelete
  7. Betul hang kata. Dah ada desakan supaya Tun Hamid didakwa !

    ReplyDelete
  8. Benar seperti kata Tun Abdul Hamid iaitu Kerajaan Yahudi DAP Pulau Pinang memang amat susah nak bagi bantuan kat orang2 Islam di Pulau Pinang. Lim Guan Eng pakar putar belit kata peruntukannya untuk Majlis Agama Islam PP oleh DAP lebih dari BN. Tapi tuan2 kena ingat Guan Eng pandai main silap mata, peruntukan saja lebih tapi perbelanjaan tak sampai 30%. Lim Guan Eng juga telah membatalkan syarat penyediaan tapak surau/masjid untuk kelulusan Development Order bagi pembangunan projek perumahan. Sedangkan semasa BN memerintah, syarat ini (penyediaan tapak) adalah wajib malah developer juga perlu membina surau tersebut jika diarahkan oleh Majlis Agama Islam PP (utk makluman : tapak rumah ibadat bukan islam juga disyarat oleh BN). Sebaliknya, Lim Guan Eng mensyaratkan developer menyediakan satu tapak rumah ibadat sahaja. Maksudnya tapak tersebut tidak semestinya dibina surau/masjid. Rasanya selagi DAP memerintah untuk membina surau/masjid ditapak tersebut jauh panggang dari api. Semua mungkin akan dibina to'kong sahaja. Apa yang saya ceritakan ini hanya satu dari 1001 dasar2 Lim Guan Eng untuk menghapuskan ataupun menghalau orang2 Islam dari Pulau Pinang. Tanah2 Kerajaan Negeri habis dijual kepada developer2 Cina. Macamana syarikat professional2 Melayu seperti Jurukur Tanah, Arkitek, Jurutera, Peguam, QS, Jurunilai dsbg nak cari makan.

    Tapi adakah Lim Guan Eng yang bersalah? Guan Eng tidak bersalah, yang bersalah ialah seorang Melayu Haramjadah yang berjaya menghasut orang2 Melayu Pak Pandir ataupun Pak Kadok.membenci Kerajaan yang mendaulatkan Islam. Semoga Allah menghancurkan Melayu Haramjadah tersebut sebelum Islam hancur di bumi Malaya. Kepada semua orang2 Islam, jangan jadi macam Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Ingatlah, hari ini anak2 anda senang mendapat tempat dan pembiayaan untuk ke universiti. Tapi hari esok mungkin tidak lagi, sepertimana hilangnya surau/masjid dikawasan pembangunan baru di Pulau Pinang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...