Mari kita teruskan kehidupan dengan melakukan penambahbaikan dan pembetulan sambil berdoa, mudah mudahan Allah berikan kita kekuatan.
Kali ini aku nak menulis sesuatu yang ditimbulkan oleh kawan kawan beberapa hari yang lalu. Dalam keadaan konflik Israel Palestin, dan Malaysia antara negara yang menyatakan bantahan keras kepada kezaliman Yahudi, adalah sesuatu yang luar biasa bilamana ada pemimpin kita berani pergi ke Timur Tengah...
Hishamuddin Hussein ternyata seorang yang berani..
Berdepan wartawan asing
Mendepani krisis...
Bagaimana anak seorang Perdana Menteri boleh jadi begitu berani ? Inilah yang ingin aku kongsikan supaya kita semua umat Melayu akhirnya mengambil langkah yang betul dalam suasana seperti sekarang.
Baca catatan di bawah...
' Pada awal September 1945 apabila berlaku kekosongan pemerintahan di negara kita ( Jepun menyerah dan British belum kembali ), berlaku pertelingkahan kaum yang cukup serius di Batu Pahat. MPAJA cuba merampas kuasa dalam apa yang dikatakan ' Perintah 14 hari '.
Keadaan amat tegang. Banyak nyawa terkorban dan kelihatan tidak dapat dikawal lagi. Pada masa inilah Dato Onn Jaafar telah masuk ke kawasan paling panas di khemah MPAJA , bertemu dan berunding dengan Ketua Gerila MPAJA. Beliau meminta pertelingkahan dihentikan supaya beliau dapat berunding.
Tindakan berani Dato Onn telah mengejutkan banyak pihak termasuk Penghulu Kiyai Salleh, pemimpin utama pejuang Melayu ketika itu. Kiyai Salleh bimbang dengan keselamatan Dato Onn dan menasihatkan agar beliau tidak pergi ke kawasan MPAJA.
Dato Onn bertegas dan pergi serta balik dengan selamat dan pertelingkahan dapat dikurangkan. Apakah yang mendorong Dato Onn menjadi begitu berani?
Beliau ialah anak murid Persilatan Gayung yang aktif dan belajar hingga mencapai tahap tertinggi. Inilah bekal beliau sewaktu berdepan dengan kesukaran.'
( Dicatatkan oleh Dharmala NS dalam bukunya Dato Onn Jaafar, Potret Pejuang Terbilang )
Aku katakan kepada kawan kawan aku, jangan kita hairan mengapa Hishamuddin begitu berani kerana hakikatnya beliau adalah keturunan orang berani ! Cuma aku tak tau samada beliau belajar silat atau tidak.
Dalam pada itu aku ingin menyarankan agar budaya silat ini kembali disuburkan dalam kalangan orang Melayu. Menghadapi bukan Melayu yang kurang ajar, memerlukan Melayu yang berani !
Alhamdulillah. Aku anak gayung !
ReplyDeleteKembalikan gayung ke sekolah seperti tahun 70an dan 80an.
ReplyDeleteHishamuddin memang berani demi negara. Saya kagumi bukan sahaja keberaniannya tapi kesetiannya terhadap PM di masa sukar ini. Beliau hadir sidang media PM walaupun beliau tidak lagi memangku Menteri Pengangkutan
ReplyDeleteSyukurlah. Di tengah segala kesedihan Allah anugerahkan kita pemimpin yang gigih dan sabar. Mari kita berikan sokongan
ReplyDeleteDalam kita meredai takdir usaha perlu dibuat untuk pastikan ia tak berulang
ReplyDeleteSaya respek Datuk Seri Hishamuddin. Komitmennya tinggi dan keikhlasan terpancar di wajahnya
ReplyDeleteALLAH UJI MANUSIA UNTUK MELIHAT TAHAP KESABARAN DAN TAQWA KITA. BERSABARLAH MENGHADAPI UJIAN BERAT INI. MUDAH MUDAHAN ALLAH KURNIAKAN KITA BALASAN YANG BAIK, INSYAALLAH.
ReplyDeleteDulu semua kampong ada gelanggang, sekarang dah tak de. Budak muda banyak buat perkara tak berfaedah
ReplyDeleteYang tak suka silat ni Musa Hitam.
ReplyDeletePemimpin elit yang berjiwa rakyat. Wajar dicontohi oleh kita generasi muda
ReplyDeleteDatuk Onn seorang yang tidak ghairah dengan jawatan. Ciri yang nampaknya diwarisi Hishamuddin
ReplyDeleteSilat ni jika benar benar dihayati akan membina manusia.
ReplyDelete