Aku tak seronok tulis benda ni. Tapi aku jugak tidak cukup kuat untuk membendung diri daripada perasaan ' lemas' dengan berita mutakhir yang makin lama makin menggambarkan betapa Melayu ini tiada apa apa.
Kebal
Kebal
Malang
Malang
Sejak remaja aku diasuh oleh GPMS. Aku dididik untuk bangga jadi Melayu, jaga diri sebagai Melayu. Belajar dan cemerlang demi Melayu. Aku juga diberitahu bahawa Islam akan terpelihara di Malaysia selagi Melayu terjaga.
Kemudiannya aku berpencak dalam gelanggang Pemuda UMNO. Sejak zaman Anwar Ibrahim. Diasak dengan kepercayaan bahawa negara bangsa ini Melayulah akar dan tunjangnya.
Sebenarnya di kampung kampung ramai lagi orang Melayu percaya bahawa merekalah TUAN di tanah bertuah ini. Sebab pemimpin UMNO yang turun pada setiap kali PRU bercakap perkara yang sama, setiap kali. Berapi, berasap!
Kepercayaan inilah yang sebenarnya menggerakkan umat Melayu untuk terus bersama UMNO walaupun generasi ' percaya ' tersebut dah makin berkurang.
Aku tak pasti dengan perkembangan mutakhir ini, bilamana setiap hari ada saja bukti bahawa Melayu ini bukanlah TUAN dalam ertikata sebenar, adakah akan kekal, bertambah atau pupus generasi percaya kepada retorik pemimpin UMNO?
Kalau pimpinan UMNO atau pemikir mereka yang berada di puncak menara gading tidak mahu sesekali turun ke tanah pamah, melihat riak ombak dalam jiwa nurani umat Melayu, aku ada kepercayaan yang baru iaitu UMNO akan jadi parti keramat yang berkubur di atas retorik kosong !
igp pun dah kena liwat agaknya
ReplyDelete