Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 3 July 2014

ROCKER TERNAMA TUMBANG DI MAHKAMAH HARI INI !!

KUALA LUMPUR 3 Julai - Penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok atas tuduhan memukul isterinya.

Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa mengasari isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu.

Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings itu menafikan dakwaan tersebut.
Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar didakwa isteri Awie, Rozana Misbun dalam keadaan yang menyedihkan.

Gambar-gambar yang mamaparkan wajah dan telinganya berdarah yang dipercayai akibat dipukul itu kini berlegar di Internet.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan Awie akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kita diarahkan bawa Awie untuk dituduh di mahkamah secepat mungkin dan kita cuba bawa dia esok," katanya.

Ulasan    :   Tiada sebarang ulasan. Mahkamah akan buat keputusan. Apapun sehingga sekarang kita tak dengar apa apa dari tuan tubuh. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...