Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 21 July 2014

LELAKI INI AMAT ISTIMEWA !

Beliau adalah cucu kepada pengasas UMNO. Nendanya meninggalkan segala kemilau pangkat dan kemewahan untuk menyerahkan dirinya kepada perjuangan bangsa sehingga terbangun UMNO parti keramat Umat Melayu.

Ayahandanya ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang masyhur sebagai Bapa Perpaduan dan dalam lembutnya adalah Perdana Menteri Malaysia yang pernah cuba diculik oleh kuasa asing kerana tegasnya.


Datuk Seri Hishamuddin Hussein,  ironinya menempuh pelbagai onak duri dalam kerjaya politiknya. Bahkan pada pemilihan UMNO 2013, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hampir hampir kehilangan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.


Dalam sejarah UMNO baru, aku fikir Datuk Seri Hishamuddin satu satunya pemimpin UMNO yang menerima tohmahan, kritikan yang amat dahsyat dan pada pandangan aku sebahagiannya sengaja dicetuskan supaya menjadi 

kepercayaan umum bahawa Datuk Seri Hishamuddin telah ' gagal '.

Firman Allah,

" Dan Allah tidak menguji hambaNya (dengan kesusahan)melainkan
  yang termampu olehnya ".
  Al Baqarah - 286.

Sesuatu yang diketahui umum dan sebahagiannya berasa hairan, mengapa Datuk Seri Hishamuddin tidak pernah menjawab tohmahan yang dilemparkan walaupun selepas itu terbukti beliau tidak pernah gagal sebenarnya. Beliau terus bekerja dan melaksanakan tanggungjawabnya tanpa banyak bicara.


Takdir Allah Ta'ala...



Sejarah dunia tercipta . Sebuah pesawat,  MH370 hilang tanpa kesan pada 8 Mac 2014. Sesuatu yang gagal dijawab oleh mana mana pakar di dunia. Kehilangan MH 370 walaupun kita kesali, kita tangisi dan kita berdoa untuknya tetapi telah menemukan kita dengan diri sebenar Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang selama ini tersembunyi.


SETIA



                                         Memimpin Dunia

Beliau bukan sekadar mampu memimpin dunia, bahkan tidak kekok melata bersama keluarga mangsa...







Maka dunia bersetuju sebulat suara, Datuk Seri Hishamuddin selama ini menyembunyikan kekuatannya. Bila beliau tidak menjawab tohmahan rupanya beliau tidak pernah bekerja untuk dirinya.

Beliau kurang berkempen untuk jawatan Naib Presiden, tetapi beliau tidak balik ke rumah selama tiga minggu untuk MH 370. Beliau jarang ada dalam majlis mesra Pemilihan UMNO, tetapi beliau sentiasa ada bersama Perdana Menteri di masa sukar dan berduka.


Sekali lagi Allah turunkan ujian bilamana MH 17 disahkan terhempas pada 17 Julai 2014. Di mana Datuk Seri Hishamuddin ?








Sekali lagi kita diuji dengan ujian yang berat. Sekali lagi kita melihat Datuk Seri Hishamuddin sentiasa kukuh rapat di sisi Perdana Menteri. Merasai kesukaran ini bersama.
Mari kita sekali lagi merujuk kepada Al Quran. Firman Allah,

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepadamu ( ujian/dugaan ) seperti yang telah berlaku kepada orang orang terdahulu sebelum kamu. Mereka telah ditimpa kepapaan            ( kemusnahan harta benda ) dan serangan penyakit, serta digoncangkan 

( dengan bahaya ancaman musuh ). Serta berkatalah Rasul dan orang orang yang bersama dengannya, bilakah ( datangnya ) pertolongan Allah ? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat asalkan kamu berpegang teguh kepada Agama Allah - Al Baqarah - 214.

Bila aku berbincang dengan kawan kawan selepas Tarawikh seakan tercapai konsensus betapa dugaan Allah ini barangkali nak mengembalikan UMNO ke puncak setelah beberapa PRU kebelakangan yang memperlihatkan kemerosotan.


Dan tidak keterlaluan jika aku katakan kami kawan kawan sependapat bahawa Allah seperti mahu menunjukkan ' siapa ' selepas Najib. Tetapi sebelum itu

takdir jugak telah menunjukkan bahawa jika kita mahu memulihkan parti keramat kita ini , kita ada orang yang boleh berpencak di puncak, menari di lembah. Selama ini kita mengabaikan seseorang yang sangat berkebolehan kerana beliau tidak pandai mendabik dada !


13 comments:

  1. Ya Allah, sempena Ramadhan ini aku mohon engkau kabulkanlah apa yang ditulis oleh penulis ini.

    ReplyDelete
  2. Aku suka bila Hishamuddin sentiasa kukuh bersama PM masa PM tengah susah. Yang lain aku tak nampak ! Masa seronok jer bersama!

    ReplyDelete
  3. Mana Menteri lain hah ? Mana pemimpin UMNO?

    ReplyDelete
  4. Kupasan ini menarik. Ulamak pas tak pernah sebut ayat ayat ini.

    ReplyDelete
  5. ALLAH MENGUJI UNTUK MENGANGKAT DARJAT HAMBANYA, INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  6. Syabas Hishamuddin, tahniah. Tuhan telah tunjukkan kepada kita pemimpin iklas. Sentiasa bersama PM semasa tempoh sukar ini.

    ReplyDelete
  7. Kita berdoa semoga pemimpin kita bangkit dengan semangat baru. Rakyat berdiri di belakang pemimpin negara.

    ReplyDelete
  8. Segala ujian yg Allah dh beri kepd beliau mmg menampakkan sifat kepimpinan dlm diri beliau ....

    ReplyDelete
  9. Memang keturunan pemimpin yg hebat !! RESPECT !

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pemimpin kita. Banyak dugaan banyak ganjaran. Dalam masa yang sama mari kita sama sama bermuhasabah, perbaiki kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
  11. UMNO atau kerajaan tidak solid. Sepatutnya pada masa ini semua pemimpin berkampung bersama sama PM, berikan sokongan dan kekuatan. Tetapi yang berlaku, PM nampaknya bersendirian. Hanya DS Hishamuddin dan Anifah Aman bersama PM pada saat getir ini.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin Pemuda zaman Hishamuddin pasti tidak terkejut dengan keupayaannya. Kita juga tahu tahap kesetiannya walaupun mungkin menjejaskan dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  13. Dalam setiap kejatuhan mesti ada kebangkitan. Jangan putus asa. Rakyat terbanyak bersama kalian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...