Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 20 July 2014

HISHAMUDDIN TERIMA PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DAP !

Aku tak tau dan tak peduli apa ada dalam hati Lim Guan Eng. Tapi aku dan kawan kawan sedar selepas MH370 memang nama Hishamuddin begitu dikenali di persada antarabangsa.

Untuk lebih cantik lagi, oleh kerana isu ini isu negara aku cadangkan Lim Guan Eng pergi bersama sama dengan Hishamuddin. Mungkin gandingan Kerajaan dan pembangkang ini akan memberikan kesan lebih baik lagi terhadap rundingan yang mahu dijalankan.

Walau bagaimanapun sebelum pergi aku cadangkan Lim Guan Eng selesaikan dahulu isu banjir di Komtar!


Guan Eng cadang Hisham dihantar ke Rusia



0

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan Malaysia menghantar menteri ke Rusia selain Ukraine untuk membantu memudahkan penyiasatan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.

Beliau berkata Malaysia boleh menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (bawah) ke Moscow atau Hishammuddin boleh mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tak nampak pun mana-mana menteri pergi ke Rusia. Oleh kerana (Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Liow Tiong Lai telah pergi ke Ukraine, kenapa Hishammuddin tidak pergi ke Rusia, kerana anda perlukan (bantuan) kedua-dua negara. Jika Ukraine kata ya, tetapi Rusia tidak berikan respons, (ia) juga
tidak guna.

"Rusia lebih penting kerana Rusia mempunyai pengaruh di rantau itu. Rusia sebuah negara kuasa besar. Kita patut beri penghormatan kepadanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif berjumlah RM182,100 untuk diagihkan kepada 607 pemandu pemandu teksi dan kereta sewa (Bahagian Seberang Perai).

Insentif itu disampaikan kepada Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang Abd Malek Darus Abd Malek Darus di Dewan Datuk Ahmad Badawi di Butterworth.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama enam delegasi berlepas ke Ukraine. Delegasi itu akan transit di Amsterdam dalam perjalanan ke Kiev dan dijangka tiba hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu Ukraine).

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan usul berhubung cadangan itu pada sidang Parlimen tergempar pada Rabu ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, "Apa yang kami mahukan ialah kita bersatu dan bersama-sama menghadapinya. Kami bukan mahu mendapat pujian untuk itu. Kami hanya membuat gesaan secara ikhlas."

16 comments:

  1. Cina ni pada pandangan aku menyindir. Tapi sindiran dia tak tepat sebab Hisham memang mampu berunding di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin LGE bercakap betul. Isu sebesar ini perlu dirundingi secara bijak sana. Bukan semua orang ada kemampuan begini.

    ReplyDelete
  3. Cina ni sebenarnya nak bantai kerajaan tak hantar menteri, secara tak sengaja terpuji hishamuddin. kantoi!

    ReplyDelete
  4. LGE cakap ikut sedap mulut. Dia nak perli tapi bila namakan Hisham mmg org kata dia paling layak

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn Guan Eng. Runding terus lebih baik daripada membiarkan media mainkan isu ini

    ReplyDelete
  6. Hishamuddin diperlukan untuk sentiasa bersama PM. Menteri luar boleh mainkan peranan ini

    ReplyDelete
  7. Aku tak pernah percaya DAP walau apa mereka kata

    ReplyDelete
  8. Kerajaan melihatnya sebagai tanggungjawab. Pembang nampak untung politik

    ReplyDelete
  9. Hisham perlu pergi. Ini latihan yang baik baginya

    ReplyDelete
  10. DAP TUNGGU PELUANG JER NAK BANTAI TAPI DIA LUPA MALAPETAKA BUKAN ISU POLITIK. SEKARANG ORG NAMPAK HATI PERUT DAP

    ReplyDelete
  11. Saya rasa Lim Guan Eng ikhlas. Dap juga akui keuoayaan Hishamuddin khasnya sewktu melibatkan 26 negara dalam operasi MH 370

    ReplyDelete
  12. LGE alih isu banjir tahi di pejabatnya.

    ReplyDelete
  13. tak rasa dia serious sangat dgn cadagan tu. bagi aku lagi elok Hisham fokus pada pertahanan di Sabah sekarang ni. Kes penculikan polis hari tu pun tak selesai lagi. Sekarang ni pun katanya dah start perintah berkurung di kawasan Esszone tu. Kes MH17 ni biarlah Najib, Tiong Lai n Anifah Aman yg uruskan.

    ReplyDelete
  14. Kes Sabah tu under KDN sekarang sebagai urusetia

    ReplyDelete
  15. Mungkin Lim Guan Eng pun dah nampak keupayaan Hishamuddin sekarang ni. Sebab tu die berharapkan Hishamuddin yg p Rusia

    ReplyDelete
  16. Elehhhhh cina ni bukan boleh pakai sangat ni. Silap2 die perli je ni. Ye la, kes MH370 pun tergantung lagi, timbul pulak kes kat Sabah. Sekarang MH17. dok nak kenakan Hisham apa ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...