Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 2 July 2014

DUIT RAYA PENJAWAT AWAM !

RM500 duit raya penjawat awam

Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini.

"Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Foto
SERAMAI 684,000 pesara kerajaan turut terima RM250. FOTO Fail NSTP

Ulasan

Aku jangka tak dan esok. Malam ini Mahfuz akan buat sidang media mengatakan 500 tu terlalu kecil berbanding pembaziran kerajaan. Rafizi akan berikan angka yang orang tak dan nak kira, angka tipu. Begitulah tanah air kita. Ada pembangkang pakat peghabih elaun depa. Setakat ini aku tak dengar lagi sebarang cadangan baik daripada depa.
Syukur kepada Allah. Dapat jugak tambah pendapatan sedikit sebanyak...

2 comments:

  1. Oklah. Daripada tak dak langsung...

    ReplyDelete
  2. Penjawat Awam Makan RASUAH BANYAK2... Tak Kira Peringkat...

    Makan Rasuah dapat Hauan Lagi... Mampoh Lah Macam Nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...