Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 8 July 2014

AKU PERCAYA RAMASAMY BERGULING TAKUT MEMBACA KENYATAAN ; KERAS ' PEMUDA UMNO !!

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berkaitan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

Pemuda UMNO amat terkejut dan kesal dengan kenyataan yang cukup rasis dan berniat untuk mencetuskan huru hara dan perbalahan antara kaum dan agama di dalam negara oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kenyataan asal oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu peringatan am kepada semua rakyat Malaysia terutamanya apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengutuk, menghina dan mencerca agama, bangsa dan negara.

Sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, yang seharusnya berusaha memelihara keharmonian dan kedamaian antara kaum, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan mencabar agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dicetuskan semula. 
Ini merupakan kenyataan biadap, tidak bertanggungjawab dan berlagak seperti ' samseng politik'.

Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menuntut agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melihat semula kesesuaian P. Ramasamy untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri II memandangkan kelibat beliau dilihat juga tidak banyak membantu rakyat Pulau Pinang. 
Beliau seharusnya membantu Ketua Menteri untuk membawa masuk pelaburan ke negeri ini memandangkan FDI di Pulau Pinang ini telah jatuh merudum semenjak DAP memerintah negeri Pulau Pinang. 
Mengikut angka yang dikeluarkan oleh MIDA, FDI negeri Pulau Pinang telah jatuh merudum sebanyak 83% daripada RM 10.45 billion ke RM 1.79 Billion sahaja.

Oleh yang demikian, Pemuda ingin menasihati beliau untuk membantu memikirkan bagaimana untuk membawa masuk pelaburan tambahan ke negeri ini daripada membuang masa beliau meminta Ketua Polis Negara meletak jawatan dan mencabar Kerajaan Persekutuan memulakan 13 Mei 1969.


Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
Ulasan

Berkali kali aku baca kenyataan Pemuda UMNO Penang. Aku ingin berbangga dengannya, maklumlah kenyataan Pemuda setelah bangsanya dihina dan diperlekeh. Malang pada aku tak ada apalah. Sebaliknya Pemuda Pulau Pinang ajar pulak Guan Eng cara mentadbir Negeri.( Lihat kenyataan bergaris )

Sebagai orang tua yang pernah berada dalam makmal Pemuda walaupun di peringkat kampung, aku nasihatkan agar Pemuda tak usahlah membalas sebarang kenyataan menghina oleh mana mana pihak sebab dibimbangi akan kelihatan lebih hina selepas memberikan reaksi !





3 comments:

  1. Sebab itu org tak raspek!

    ReplyDelete
  2. Cakap semua orang boleh cakap, nak tenguk perbuatan dan tindakan dalam menangani perkara-perkara seperti ini, ada pemimpin-pemimpin Melayu bacul?

    ReplyDelete
  3. UMNO BACUL !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...