Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 16 May 2014

TOLONGLAH , KALAU KU NAN DAN DATUK RAUF NAK PERGIPUN...


Namanya khabar angin. Ia bermaksud berita atau cakap cakap yang tidak tentu puncanya dan tidak dapat disahkan kebenarannya. Namun begitu ia tidak pulak bermaksud bahawa ia mustahil benar. Ia mungkin benar.

Ada khabar angin mengatakan bahawa Ku Nan dan Datuk Rauf akan ditukarkan daripada jawatan Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mungkin benar mungkin jugak tidak.

Jika benar, pada aku ia tidak pelik sebab kedua dua jawatan ini adalah lantikan langsung Presiden Parti. Kedua duanya perlukan tumpuan 100% yang tak mungkin dapat dipenuhi oleh Ku Nan sebagai Menteri dan Ahli Parlimen. Datuk Rauf pulak dikatakan sedang meningkat naik sebagai ahli perniagaan.

Cuma jika ia benar aku ada beberapa permintaan.
1. Selesaikan masalah senarai ahli UMNO. Sejak apa yang dikatakan oleh Ku Nan sebagai proses ' pemutihan UMNO ' beberapa tahun yang lalu, senarai UMNO sebenarnya menjadi sangat cemar dan mengecewakan. Ada ahli yang dah puluhan tahun menjadi ahli hilang dari senarai, manakala ada yang dah bertahun tahun meninggal dunia, namanya kembali tersenarai.
Keadaan menjadi makin parah apabila ada cawangan tidak menerima kehadiran ahli tanpa nama ini walaupun tahu bahawa memang Sipolan ini ahli UMNO.
( Aku tak mahu bincang kesannya )

2. Selesaikan isu ' Pemantau MKT ' iaitu sekumpulan ahli UMNO ( Veteran) yang ditugaskan memantau mesyuarat cawangan. Tahun 2014 ini aku rasa pemantau tiada mungkin sebab tiada pemilihan. Pada tahun 2013 di mana pemilihan berlaku, pemantau ini dikatakan bukan sahaja memantau tetapi telah berperanan lebih daripada itu.
Mereka memeriksa korum seorang demi seorang, ada yang tidak membawa kad ahli dinafikan hak mengundi. Ramai ahli UMNO tidak mendapat kad ahli walaupun permohonan telah dibuat. Pemantau ini telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit. 

3. Isu permohonan menjadi ahli jugak perlu diselesaikan. Banyak rungutan bahawa sangat sukar untuk memohon menjadi ahli UMNO. Ada yang sudah memohon selama bertahun tahun masih belum mendapat sebarang maklum balas. UMNO ini semakin lemah sebenarnya. Jadi sikap ' sombong ' tidak akan menguatkan UMNO.

Aku rasa lebih baik aku tak tulis tentang perlunya Setiausaha Bahagian dan Cawangan diberi latihan. Jika tidak, Ku Nan dan Datuk Rauf akan rasa terlalu banyak pulak tugas tak selesai.

Jika benar perubahan akan berlaku, aku harap semasa penyerahan tugas nanti senaraikanlah benda benda di atas sebab jika ia gagal ditangani aku bimbang UMNO tak cukup bersedia untuk PRU 14.

5 comments:

  1. Eloklah Ku Nan berhenti. Beri kepercayaan kepada orang yang sepenuh masa boleh bagi tumpuan.

    ReplyDelete
  2. Mereka ini duri dalam UMNO. Tukarlah !

    ReplyDelete
  3. UMNO jangan takut berubah. Ku Nan mungkin bagus, tapi UMNO perlukan orang yang lebih bagus untuk menghadapi PRU 14

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni UMNO tidak ada program melainkan mesyuarat cawangan. Ibu pejabat lesu. Eloklah ditukar org yang tak minat dah

    ReplyDelete
  5. Ketua Peneranganpun kena tukar. Tak bekesan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...