Boikot Barangan DAP
Wednesday, 14 May 2014
TERENGGANU, PERSEPSI ORANG BANYAK WANG DITABUR !!
Masalah di Terengganu telah ' selesai '. BN kekal memerintah insyaallah sehingga PRU 14. Maka beberapa nama pun jadi tersohor, termasyhur.
Ada yang dikatakan menjadi penyelamat lantas diangkat menjadi wira, manakala ada pulak yang dikatakan punca, dianggap petualang.
Aku selalu merasakan kita kadang kala lupa betapa akar umbilah yang menentukan hidup mati UMNO. Akar umbi ini berada di ceruk ceruk kampung, desa. Inilah sebenarnya harta tetap UMNO sejak sekian lama.
Aku berada di akar umbi ini, sebab itu aku boleh bercakap. Sekarang ini mungkin kita rasa macam ' ok dah ' Terengganu tetapi hakikatnya ia tidak ok. Di bawah ini sedang bergerak bersama angin, cakap cakap yang disebarkan bahawa segalanya WANG, DUIT !.
"Banyak juta mereka dapat sebab keluar sekejap jer". Sekali dua kali aku rasa tidak begitu berkesan tetapi ' cerita ' ini akan bergerak sampai PRU14. Ini perang persepsi.
Aku nyatakan bimbang aku kepada seorang pemimpin Bahagian UMNO. Katanya biasalah, kerja pembangkang. Kalau pemimpin kata ' Biasalah itu kerja pembangkang ' maknanya UMNO tidak mahu memberi penjelasan ke akar umbi apa yang berlaku. Sama seperti sebelum ini, sama!
Anwar Ibrahim dipenjara kerana salah guna kuasa, Anwar akan dipenjara lagi kerana meliwat Saiful. Ini faktanya. Tetapi orang mula sangsi, takkanlah dah 60 tahun lebih nak meliwat, takkan orang kuat agama tak tau dosa pahala. Sebenarnya Najib takut Anwar sebab bimbang pembaziran Rosmah didedahkan ! Ini persepsi.
Jangan lupa UMNO sangat banyak berjasa kepada orang Melayu. Tapi sokongan khasnya orang muda kepada UMNO makin lama semakin merosot. Kenapa? Kerana kejayaan pembangkang menanam persepsi dan UMNO tidak menangkisnya.
Kisah Terengganu telah berlaku dan percayalah kita terpaksa menghadapi kesannya. Kita tak boleh benarkan ia berulang lagi jika kita mahu UMNO terus hidup. Aku ingin berkongsi kenyataan ini sebagai ingatan sebelum terlambat...
1. Ahli UMNO perlu matang, setia dan meletakkan parti sebagai keutamaan
2. Semua pihak perlu rasional, bertindak bijak dan tidak buat keputusan secara melulu.
3. Kerajaan UMNO/BN wajib dipertahankan bagi menghormati mandat rakyat.
4. Keutamaan kerajaan ialah menyelesaikan masalah rakyat setelah pembangkang gagal berbuat demikian.
5. Pimpinan perlu diberi ruang masa untuk menyelesaikan apa jua masalah mengikut saluran yang ada.
( Kenyataan YB DS Hishamuddin Hussein , Naib Presiden UMNO yang pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu )
Kita pernah hampir kalah kerana persepsi, dan kita wajib mengelakkan persepsi sekali lagi meletakkan kita dalam keadaan sukar. Akar umbi umumnya adalah orang orang yang setia. Pemimpin yang mencetuskan suasana tidak selesa.
Aku harap biarlah ini satu satunya peristiwa seumpama ini. Aku bimbang selepas ini UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan pengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita harap nasihat DS Hishamuddin diteliti dan diikuti. Bukan ahli yang rosakkan parti tapi pemimpin.
ReplyDeleteSemalam di surau taman saya , ustaz yang mengajar beri contoh pemimpin lemah terhadap pemimpin Terengganu ini. Sambil sambil gelak je dia sindir UMNO
ReplyDeletePerlakuan mereka mendedahkan UMNO kepada banyak tohmahan
ReplyDeleteDS Hishamuddin perlu lebih ke hadapan. DS Najib nampaknya memilih untuk tidak bertindak atau bersuara walaupun rakyat menunggunya. Maaf, saya tidak fikir Tengku Adnan Tengku Mansor ' wakil ' yang sesuai. Perbuatannya bergelak ketawa selepas keluar perjumpaan dengan ADUN Terengganu mencetuskan anggapan beliau tidak serius di saat genting.
ReplyDeletePEEL PEMIMPIN UMNO NI BUAT BUDAK BUDAK MUDA BOSAN !
ReplyDeleteBudak tua pu meluat, eliti atau perasan elitis tp kita pangkah jugak sbb tak dak pilihan, drpd yg sebelah sana, penjual agama.
DeleteUmno kena ada team menangkis serangan persepsi ini. Kalau tidak org anggap ianya betul
ReplyDeleteMemang betul pun. UMNO dah nak hancuss
ReplyDeleteTepat pada masanya mesej Datuk Hishamuddin.
ReplyDeleteUmno ni makin lama makin tenat. Orang bawah setia, pemimpin yang buat pasal. Masa pemilihanpun benda macam ini berlaku. Akhirnya orang rasa bosan dengan umno.
ReplyDeleteHishamuddin cakap betul, soalnya adakah orang nak dengar?
ReplyDeleteUMNO tak boleh biarkan krisis mengganggu proses pembinaan semulanya. UMNO perlu disusun untuk diperkukuhkan. DS Najib wajar memperlihatkan dengan jelas ke mana hala tuju UMNO. Siapa pemimpin yang sedang dilatih. Banyak perkara dibebankan kepada cawangan sebagai KPI yang wajib dilaksanakan. Tetapi UMNO pusat bergerak tanpa arah, atau langsung tidak bergerak.
ReplyDeleteHJ ZAINUDDIN, ORANG LAMA TAHU KENAPA UMNO BERMASALAH. TAK PERNAH AHLI JADI PUNCA. SEBAB ITU SAYA TAK NAMPAK SEBAB KENAPA UMNO TAK BOLEH BERTAHAN JIKA PEMIMPIN YANG KITA PILIH TEPAT ORANGNYA. SEKARANG NI YANG KITA NAMPAK TIADA ISU PERIBADI DATUK HISHAMUDDIN. TERIMA KENYATAAN. DULU UMNO JUGA YANG KATA DIA LEMBEK, BUKAN PEMBANGKANG. MH370 DAH BUKTIKAN KEMAMPUAN BELIAU. PALING PENTING KELUARGA ATAU DIRINYA SENDIRI TAK ADA ISU YANG BOLEH CEMARKAN PARTI.
ReplyDeleteKita merosot kerana persepsi. Patutnya jadi pengajaran
ReplyDeleteUmno parti lesu. Biar semua serangan. Akhirnya Pakatan tipu jadi betul
ReplyDeleteAkupun rasa Adun ni dapat duit. Macam mana mereka nak jumpa pengundi selepas daripada ini? Nak cakap apa? Perjuangan...sudahlah.
ReplyDeletemacam bagus je umno ni. bukan persepsi lagi mmg betul la tu semua pasal wang dan kuasa. kalau dah banyak menyeleweng takkan berani berpaling tadah, nak mampus?
ReplyDeleteUMNO mesti berusaha jaga reputasi dan imej. UMNO adalah tunjang BN. Walaupun MCA dan Gerakan tidak perform tetapi banyak lagi parti komponen di Sabah dan Sarawak sedang memerhati dan membuat penilaian.
ReplyDeleteSaya rasa ia perlukan perancangan bagi mengembalikan UMNO ke dalam hati nurani rakyat. Pemimpin kena duduk. Tubuhkan pasukan dan pastikan pasukan ini benar benar UMNO, bukan pakar dari puncak menara gading yang jadi ahli UMNO pun tidak.
ReplyDeleteMenyedihkan. Yang di bawah disuruh setia...
ReplyDeleteSaya baru nak berjinak dengan UMNO tapi benda macam ini menyentap saya
ReplyDeleteSusun balik. Ada masa lagi. Mungkin DS Hisham boleh diamanahkan tanggungjawab ini. Dulu beliau mengetuai JK menambahbaik kaedah pemilihan UMNO dan berjaya.
ReplyDelete