Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 26 May 2014

TOBATLAH PAKATAN TAK AKAN BACA NIH !!


Sama sama senyum..

                                                 Ketinggian hikmah yang Pakatan tak tau

KUALA LUMPUR - China telah berjanji tidak akan membiarkan Malaysia menghadapi insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lepas secara bersendirian.
Duta China di Malaysia, Huang Huikang berkata China komited untuk membantu serta percaya usaha Malaysia dalam menangani situasi berkenaan yang disifatkan sebagai komitmen konsisten dari awal lagi.

"Hubungan kami tidak pernah terjejas dengan sebarang insiden tunggal yang tidak diduga, malah menerusi kerjasama dalam menangani insiden itu, hubungan kami menjadi lebih rapat dan kukuh.

"Ini sekali lagi membuktikan kawan sebenar adalah kawan yang membantu ketika dalam kesusahan," katanya pada takilmat media sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia di sini, hari ini. 
MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. 

Dua pertiga daripada penumpang yang menaiki pesawat jenis Boeing 777-200ER itu adalah warga China.
"Jika anda melihat kemajuan yang dicapai dalam menangani insiden itu, daripada awal lagi kerajaan China dan rakyatnya berdiri teguh bersama Malaysia," katanya. 
Huang berkata China telah menganjurkan operasi mencari dan menyelamat antarabangsa berskala besar dengan mengerakkan beberapa satelit, kapal laut dan pesawat. 

Beliau berkata China telah berusaha  keras untuk menangani insiden kehilangan MH370 kerana dua pertiga daripada penumpang adalah warganegara mereka. 
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan China..tidak kira berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia," katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat China dari 27 Mei hingga 1 Jun ini bagi memperingati sambutan ulang tahun itu. 
Huikang berkata kerajaan China telah memberi banyak perhatian kerana lawatan itu akan terus meningkatkan persefahaman dan memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu. - Bernama

Ulasan
Aku nak bagi kredit kepada DS Hishamuddin , Pemangku Menteri Pengangkutan yang mengepalai gerakan SAR MH370 di pihak Malaysia. Sesuatu yang diakui dunia sebagai amat luar biasa. Membuka dimensi baru bukan sahaja dalam lanskap penerbangan bahkan memberi sinar dalam hubungan Malaysia dan dunia. Paling menarik dan bermakna ialah bagai eratnya hubungan Malaysia- China, kuasa baru ekonomi dunia.
Kepada macai macai Pakatan, keluarlah daripada sangkar dan penjara marah, benci , dendam, dengki supaya boleh berfikir secara rasional. Yang dibelanjakan untuk Panda ialah 60 juta tetapi berapa harga yang boleh dibayar untuk persahabatan dan persaudaraan?
Baca kenyataan yang aku merahkan di atas , 
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan China..tidak kira berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Malaysia," katanya. 

Ini dia. Sebab itu aku kata aku nak bagi kredit kepada Hishamuddin. Komunikasi berkesan, merendah diri menjadikannya antara tokoh terhebat 2014. Ini pengakuan pemimpin dunia. Alhamdulillah, aku harap Hishamuddin dapat teruskan usaha membangunkan diri. Lepas ini rasanya banyak duri ranjau perlu ditempuhi.

13 comments:

  1. Tahniah Bro. Memang Pakatan tak kan baca ni, kalau baca pun dia tak kan terima sebab Kit Siang marah !

    ReplyDelete
  2. Pakatan tak suka panda. Depa suka babi !

    ReplyDelete
  3. Sorrylah bro. Aku minat kat isteri Hishamuddin, bukan orangnya tapi caranya. Sangat sederhana, tenang dan bebas tohmahan.

    ReplyDelete
  4. China sedang mengekori rapat USA sebagai kuasa utama dunia. Sangat bijak langkah kerajaan membina hubungan baik dengan China dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  5. Kalau pakatan baca pun, dia tak kan fikir positif. Otaknya dah diselaputi babi.

    ReplyDelete
  6. Bekenan saya dengan keperibadian isteri Datuk Seri Hishamuddin. Alhamdulillah bila pandai membawa diri, peluang orang nak memfitnah pun jadi terbatas, insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Ini dunia politik baru. Jaringan antarabangsa wajib diperkukuh kerana cabaran di masa hadapan berbeza dengan cabaran di masa lalu. Saya setuju dengan pendekatan berhemah Datuk Seri Hishamuddin dengan pemimpin lain di dunia. Ini adalah permulaan yang baik bagi saya.

    ReplyDelete
  8. Halimah Karim,
    Sebahagian masalah UMNO dan kerajaan ialah apabila ada pihak tidak menjaga diri.

    ReplyDelete
  9. Macai pas baca seks je. Ikut mat sabu

    ReplyDelete
  10. Saya boleh dianggap golongan muda. Saya suka style Hishamuddin. Bersahaja, relak dan tenang. Tak nampak rasmi sangat.

    ReplyDelete
  11. Tiada beban batu digalas. Untung jadi Panda

    ReplyDelete
  12. Panda ni sesuatu yang unik. Jangka masa panjang ia akan jadi modal yang mendatangkan keuntungan.

    ReplyDelete
  13. Anon 07: 57, betul juga pandangan hang. Harap ia diurus dengan baik supaya tak jadi beban

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...