Boikot Barangan DAP
Wednesday, 7 May 2014
GEMPAR !!! PM TURUN PERAK UMUM DR ZAMBRY KADIR DITUKAR !!
Angin yang bertiup sebelum ini hanya melibatkan Terengganu dan Pahang. Tiba tiba sahaja ada cakap cakap yang agak meluas dalam UMNO Perak bahawa Dr Zambry Abdul Kadir juga bakal turun daripada kerusi Menteri Besar. ' Sebab itu Perdana Menteri turun ke Perak hari ini'.
Aku tidak pernah mengenali Dr Zambry secara peribadi. Tidak pernah jugak berurusan dengan beliau. Sama seperti Datuk Ahmad Said atau Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang.
Datuk Ahmad Said bersama Sultan
Cuma satu perkara yang pada pandangan aku WAJIB diubah oleh pentadbiran YAB DS Najib selaku Perdana Menteri ialah kecenderungan membiarkan khabar angin merosakkan parti dan Kerajaan.
Dato' Seri Adnan Yaakob
Samada betul atau tidak, sekarang ini macam macam cerita timbul di akar umbi. Orang bertanya mengapa dan sudah pasti ada jawapannya. Orang pulak tak pernah peduli samada sebab itu ' betul atau salah'. Yang pasti pelbagai cerita buruk tersebar dan ini sangat tidak baik kepada parti.
Tian Chua telah mengaku bahawa beliau ' mencipta ' gambar di atas untuk kaitkan Najib dan Althantuya. Maknanya Najib dan Althantuya tidak ada sebarang hubungan langsung yang menyebabkan tidak timbul sebab itu Najib membunuh Althantuya. Di bawah ada ramai orang masih percaya Najib mempunyai hubungan dengan Althantuya dan tidak percaya kepada pengakuan Tian Chua.
Apa maknanya semua ini? Maknanya orang cenderung untuk percaya khabar angin jika khabar angin itu dibiarkan berterbangan untuk satu jangka masa yang lama.
Aku fikir masanya telah tiba untuk Najib dan pemimpin yang lain serta merta membuat keputusan penting sekiranya ada, atau nafikan segera khabar angin jika ia tidak benar. Jangan kita pulak membuka pekung kita, ada yang benar dan banyak yang palsu untuk kemudiannya jadi bahan pembangkang.
UMNO di semua peringkat jugak kena berubah. Naik dan turun dalam politik adalah sesuatu yang ' amat biasa '. Usah melompat melonjak sehingga dilihat seperti ' KALAU SI ANU TURUN, KITA RUGILAH '.
'JIKA SI ANU NAIK, MASA KITA LAH PULAK !'.
Benda benda macam ini aku rasa dah jadi normal. Jika seseorang berada di atas maka akan ada orang yang mendapat terlalu banyak manfaat sehingga menafikan peluang orang lain. Ini menyebabkan ada pulak orang berharap ia akan segera turun. Perkara ini akhirnya pusingan yang tidak pernah berhenti.
Aku sebenarnya nak berterus terang. Anak muda yang aku temui bosan dengan apa yang berlaku. Ini yang aku bimbangkan.
Bila desas desus begini timbul, dengan pelbagai tokok tambah, akhirnya aku tertanya tanya, selama ini apa yang ' pemimpin ' kita perjuangkan sehingga nampaknya dalam setiap ' perbincangan ; UMNO tak ada dalam perkiraan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau bertukarpun tak ada masalah, UMNO ramai tokoh boleh diketengahkan
ReplyDeleteSAYA DENGAR DI PERAK RAMAI ORANG KECEWA KERANA SIKAP PEGAWAI DR ZAMBRY
ReplyDeleteSaya setuju sangat kalau khabar angin ditutup segera sebab dah jadi tabiat orang kita pecaya khabar angin walau tak menasabah.
ReplyDeleteBro, izinkan aku bertanya, sejak PRU 13 berapa kali Ketua Cawangan dipanggil bertemu MB. Dengar taklimat, amanat ? Ada ? Itu Ketua Cawangan, Ketua Pemuda? Wanita? Puteri?
ReplyDeleteKena balik asal bro. Hubungan atas/ bawah UMNO mesti dimantapkan. Jangan buat pemimpin Cawangan macam ' pekerja '. Hargai mereka, kerana mereka MB naik dan berada di situ.
Bro, izinkan aku bertanya, sejak PRU 13 berapa kali Ketua Cawangan dipanggil bertemu MB. Dengar taklimat, amanat ? Ada ? Itu Ketua Cawangan, Ketua Pemuda? Wanita? Puteri?
ReplyDeleteKena balik asal bro. Hubungan atas/ bawah UMNO mesti dimantapkan. Jangan buat pemimpin Cawangan macam ' pekerja '. Hargai mereka, kerana mereka MB naik dan berada di situ.
Yang riuh org keliling MB. MB relak je
ReplyDeleteSama sama kena perbaki diri. Insyaallah UMNO akan pulih
ReplyDeleteDi mana ada UMNO di situ ada tohmahan sebab UMNO tak pernah jawab
ReplyDeletePerubahan pasti akan berlaku, cuma masa yang menentukan. UMNO parti yang tak pernah gagal lahirkan pemimpin dari semasa ke semasa.
ReplyDeleteSebab mengapa UMNO makin merosot ialah kerana kita biarkan orang tabur fitnah!
ReplyDeletePucuk pimpinan perlu lebih berani dan tegas, perubahan walau melukakan hati orang terpaksa dilakukan untuk selamatkan parti dan kerajaan. DS Najib nampak tak berani macam Tun Mahathir
ReplyDeleteUMNO ni dikatakan inklusif tapi realitinya tak begitu. UMNO elit khasnya Pemuda
ReplyDeleteHarap PM buat perubahan. Bukan saja MB tapi Menteri dan Timbalan yg tak berkesan patut ditukar
ReplyDeleteAnonymous7 May 2014 23:03
ReplyDeleteSaya setuju sangat kalau khabar angin ditutup segera sebab dah jadi tabiat orang kita pecaya khabar angin walau tak menasabah.
masalahnya macam terengganu..khabar2 angin pun betul..najib sepatutnya jgn flip flop...kena pegang ngan apa yang dia cakap...cukup la terengganu kena ketawa,,,minggu lepas ckp lain,,minggu ni cakap lain....pm x leh macam tu,,
sekadar teguran