Kalau Pemimpin Buat Salah, Perlu Ditegur - Dr Mahathir
SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa anggota Umno perlu berani menegur pemimpin jika pemimpin itu buat salah, dalam masa yang sama memelihara kekuatan parti.
"Yang itu penting kerana kalau pemimpin buat salah, kita tegur. Tetapi dalam masa yang sama kita juga harus jaga kekuatan parti. Kalau kita tegur dan kita ambil tindakan yang melemahkan parti, tidak baiklah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucap utama seminar 'Tanah Tumpah Darah Ku' anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya terdapat dua sifat dalam Umno iaitu menjadi pengikut yang taat, sehingga kalau pemimpin buat salah pun mereka terima, manakala satu pihak lagi tidak taat dan mereka mengambil tindakan keluar parti dan sebagainya.
"Jadi ini yang menjadi masalah," kata Dr Mahathir.
Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku jika semua pihak bermufakat (berunding) dengan baik.
"Jadi, apabila kita hendak bertindak kena ada rundingan dan sebagainya. Tentukan dahulu perkara yang tidak diingini daripada berlaku (implikasinya) dan tentukan juga tidak ada pihak yang berkecil hati...itu cara yang terbaik.
Dr Mahathir berkata di Terengganu, mereka harus sedar bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN ) pada pilihan raya umum 2013, adalah kemenangan yang tipis.
"Oleh itu, kalau mereka tidak bersatu maka akan jatuhlah kerajaan. Sekarang ini kita (BN) dapat kemenangan yang tipis di Terengganu, kita harus berhati-hati dalam menangani politik di negeri itu kerana jika dua atau tiga wakil rakyat BN 'lari' maka akan jatuh kerajaan.
"Tetapi Alhamdulillah, kemelut politik ini dapat diselesaikan," katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masyarakat di negara ini didapati kurang bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang mereka peroleh dalam perubahan keadaan.
Katanya: "Zaman orang Melayu dijajah dahulu, kita miskin dan kita dapat apa-apa sedikit pun kita bersyukur. Dengan itu kita berusaha lebih kuat lagi, tapi peluang pada masa itu kurang."
"Sekarang ini kita mendapat pelbagai kenikmataan termasuk biasiswa, cukup mudah.
"Jadi, kita kurang hargai. Apabila sesuatu itu datang dengan mudah, kita tidak menghargai. Inilah keadaan yang berlaku sekarang. Jadi, kita dapati ramai lagi tidak bersyukur dan berterima kasih, bahkan ada yang mengigit jari yang menyuapnya," kata Dr Mahathir.
Menyentuh isu perpecahan orang Melayu, beliau berkata jika di zaman British dahulu mereka bersatu padu kerana sedar tentang ancaman terhadap keselamatan dan negara.
"Tapi sekarang kita anggap tidak mengapa (sebab) memang ini hak kita.
"Kita tidak lagi memberi tumpuan kepada kebaikan negara atau pun bangsa, tetapi kebaikan diri kita. Bermakna kalau kita hendak sesuatu itu, kita terpaksa berpecah-belah pun tidak apa, asalkan kita dapat untuk diri kita.
Dr Mahathir mengakui persekitaran baharu juga memainkan peranan kerana negara sudah bebas dan Melayu dianggap berkuasa dan akan terus berkuasa.
-- BERNAMA

Ya Allah, engkau panjangkanlah umur ayahanda Tun Mahathir. Amin.
ReplyDeleteKalau kita semua boleh dengar nasihat Tun, insyaallah UMNO selamat.
ReplyDeleteTun...pemimpin selamanya
ReplyDelete