Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday, 14 May 2014

SESEKALI NAJIB KENA DUDUK ' BERSENDIRIAN '

Banyak sumber melaporkan bahawa Kerajaan Terengganu sudah pulih dengan kembalinya kesemua ADUN yang keluar ke pangkuan UMNO termasuk Ahmad Said. Hakikatnya seperti yang aku tulis sebelum ini, mereka tidak sempat keluar kerana ditakdirkan semalam 13 Mei adalah hari cuti umum.

Tetapi apa yang berlaku memberikan banyak makna kepada kita jika kita mahu duduk meneliti, melihat dan mengkaji diri. Aku tak nak lah bercakap banyak sangat perkara . Aku hanya nak mengajak korang untuk sama sama berfikir adakah kualiti ahli dan pemimpin UMNO sekarang sama seperti dahulu atau telah merosot.

Satu ketika DS Najib sewaktu mula mula mengambil alih UMNO daripada Pak Lah secara terbuka telah menyatakan bahawa ' kursus kursus tahan lasak ' seperti yang pernah dijalankan pada zaman beliau Ketua Pemuda dahulu akan dijalankan semula.

DS Najib seakan nampak bahawa jatidiri dan kualiti ahli dan pemimpin UMNO sudah jauh merosot. Apa jadi kepada saranan ini? Adakah DS Najib sedang menunggu konsultan tertentu datang membawa kertas kerja atau ada orang yang diberi amanah tidak sempat menjalankannya?

Akupun rasa bahawa UMNO ini umur usianya sudah tidak lama jika sesuatu tidak dilakukan. Jom kita tanya Wan Bro yang bermati matian bertanding Naib Ketua Pemuda, berapakah pengundi baru telah Pemuda daftarkan? Aku yakin Wan Bro tak de jawapan sebab memang tiada sebarang usaha dibuat.

Parti hanya akan hebat jika menang pilihanraya bukan kerana kehebatan pemilihannya. Wanita pulak, selepas setahun berapa kali kajian sikap dibuat? Belum lagi. Puteri, berapa cawangan yang sempurna bermesyuarat? Tak de jugak jawapannya.

Ini maksud aku. Apa yang berlaku di Terengganu adalah gambaran kualiti dan tahap kasih sayang pemimpin dan ahli parti terhadap UMNO. Kali ini Allah turunkan pertolonganNya

14 comments:

  1. Mahuke Najib?

    ReplyDelete
  2. Najib kena berubah. Perubahan hanya boleh dibuat jika dia ubah orang orang di keliling dia.

    ReplyDelete
  3. Ku Nan wajib berhenti. Datuk Raof wajib berhenti ! Insyaallah UMNO dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  4. Aku pernah hadir kursus tahan lasak. Aku nampak faedahnya. Tapi kalau serah pada orang tak betul, ia tak kan menjadi.

    ReplyDelete
  5. Bila Najib yang jadi kepala keadaan akan ok. Org menyampah dah dengan org keliling Najib ni.

    ReplyDelete
  6. Masanya dah sampai. Kalau sayang UMNO perubahan mesti dibuat. Sekarang.

    ReplyDelete
  7. Ku Nan pernah datang ke sebuah negeri di Utara selepas PRU 12. Kononnya nak bantu UMNO, tapi perjumpaan dengannya jadi negatif. Terlalu banyak bercakap, salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  8. Bro, jangan mintak UMNO pendek umur. Hang nak harap sapa?

    ReplyDelete
  9. Aku terus terang, budak budak muda bosan dengan karenah pemimpin UMNO. dasar bagus, orang bawah ok, pemimpin tak guna.

    ReplyDelete
  10. Salam saudara,
    Siapa merosakkan UMNO sebenarnya. Pemimpinlah !

    ReplyDelete
  11. Di kampung aku hanya UMNO Cawangan dan Wanita je mesyuarat . Pemuda dan Puteri nak mesyuarat tapi tak cukup korum. Apa Ku Nan buat untuk perbetul benda ni?

    ReplyDelete
  12. Selagi org keliling Najib tak berubah, selagi itulah najib tak boleh pikir

    ReplyDelete
  13. Kebimbangan saya Melayu sama Melayu berlawan Cina DAP yang untung. Nanti jangan salahkan orang bawah.

    ReplyDelete
  14. Bukan Najib saja yang perlu buat pembetulan. Semua pemimpin UMNO semua peringkat. kalau tak tunggulah PRU 14.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...