Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 3 May 2014

TERSIAR DALAM MALAYSIAKINI, DIPETIK BLOG PEMBANGKANG. NYATA MEREKA TIADA PILIHAN...

Nampaknya selain daripada memasuki fasa baru dalam usaha pencarian MH 370, cara bagaimana pembangkang Malaysia mendepani MH 370 juga telah memasuki fasa baru. Hishamuddin dan pasukannya kekal cergas, bersungguh, mantap menjalankan tugas, kebanyakan blogger pembangkang hanya jadi pelapor. Mereka sudah hilang idea untuk mengutuk, memperlekeh. Atau mungkin jugak mereka tidak mampu menahan kemarahan rakyat terhadap sikap negatif mereka.
Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 March lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Kok Soo Chon.

"Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza.

"Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada benda yang Malaysia lakukan dengan baik, ada benda yang boleh kita lakukan dengan lebih baik," katanya dalam sidang media berkaitan MH370 hari ini.

Beliau berkata jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Hishammuddin juga berkata sewaktu insiden Air France 447, masa yang diambil syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan sistem menyelamat adalah lebih lama, iaitu enam hingga tujuh jam.

Semalam, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo.

Hishammuddin turut menegaskan Malaysia sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan dan tidak mungkin menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kehilangan MH370.

Mengulas kandungan laporan awal MH370 yang hanya lima muka surat berbanding laporan kes Air France 447, beliau berkata situasi yang dihadapi adalah berbeza. 

"Dalam kes Air France, kedudukan pesawat itu diketahui awal dan serpihan pesawat juga ditemui di mana ada maklumat tambahan, jadi memanglah laporan yang dibekalkan lebih tebal.

"Dalam kes MH370, saya dah nyatakan ia luar biasa di mana sampai hari ini kita tidak dapat kesan di mana kapal terbang atau serpihan... tetapi tidak bermakna kita tidak mengikuti semua petunjuk yang dipanjangkan kepada kita," katanya.

Mengulas kunjungan beliau ke Canberra Ahad ini bagi menghadiri mesyuarat tiga hala dengan China dan Australia, Hishammuddin berkata ia akan merangkumi semua aspek termasuk fasa baharu kawasan pencarian dan kewangan.

"Sebelum ini, isu kewangan dan kos tidak berbangkit namun untuk berlaku adil kepada Australia, saya rasa sudah tiba masanya bagi China dan Malaysia, sekurang-kurangnya, untuk membincangkan perjalanan seterusnya," katanya.

Beliau berkata bagi fasa baharu operasi mencari MH370, Malaysia akan mencadangkan agar beberapa pesawat canggih daripada entiti komersial Malaysia digunakan.

Hishammuddin juga berkata Australia sudah bersedia menerima kehadiran anggota keluarga penumpang MH370, jika mereka perlu diterbangkan ke negara itu.
    
Berikut adalah kenyataan Hishammuddin mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang beliau baca dalam sidang akhbar di Hotel Royale Chulan hari ini.

"Hari ini adalah hari ke-56 MH370 hilang. Hakikat bahawa MH370 masih belum dijumpai setelah lebih tujuh minggu usaha mencari dilakukan di darat, udara dan laut membuktikan betapa sukarnya keseluruhan misi ini. Bagaimanapun, kami tetap teguh dengan komitmen kami untuk mencari MH370 dan akan terus mempergiat usaha mencarinya.

Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri minggu lepas, kami mengeluarkan Laporan Awal seperti yang dihantar kepada ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) berserta maklumat tambahan.

Ini konsisten dengan pendirian kami bahawa demi keterbukaan dan ketelusan, semua maklumat yang tidak menjejaskan penyiasatan atau operasi mencari, akan didedah kepada umum. Perlu ditegaskan bahawa laporan yang disiar kepada umum semalam adalah suatu laporan awal. Namun begitu seperti yang saya tegaskan sejak awal lagi, kami tidak menyembunyikan apa-apa.

PERJUMPAAN DENGAN ANGUS HOUSTON DAN JEAN PAUL TROADEC

Awal hari ini, saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, yang mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth dan menyelaras usaha mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, serta Jean Paul Troadec iaitu Ketua Pasukan Penyiasat Perancis bagi pesawat Air France 447 merangkap bekas Ketua Biro Penyiasatan Nahas Udara.

Kedatangan dua individu ini ke Kuala Lumpur adalah untuk berbincang tentang fasa baharu dalam operasi mencari. Perjumpaan ini menjadi bukti keterangkuman Malaysia dalam menyelaras fasa berikutnya bagi usaha mencari 'yang tidak pernah dilakukan sebelum ini' serta mengesahkan sekali lagi komitmen padu kami dan masyarakat antarabangsa untuk mencari MH370.

KEMAJUAN JAWATANKUASA KECIL

Tiga jawatankuasa kecil yang diketuai tiga timbalan menteri telah mengadakan mesyuarat dan usaha sedang dipergiat bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi fasa berikutnya. Izinkan saya memberi maklumat terkini berkaitan kemajuan yang mereka capai.
    
i) Jawatankuasa Teknikal

Pasukan Penyiasat Antarabangsa, yang diketuai Dato Kok Soo Chon iaitu bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan bekas Wakil Tetap di Majlis  ICAO di Montreal, telahpun memulakan siasatan berkaitan insiden itu seperti disyaratkan dalam Terma Rujukan ICAO. Pasukan ini telah bermesyuarat sebanyak lima kali dan kemajuan siasatan akan dilaporkan apabila tiba masanya.
    
ii) Jawatankuasa Waris

Semalam, Malaysia Airlines mengumumkan ia akan membayar pampasan pendahuluan secepat mungkin kepada waris yang berhak. Pakej pampasan ini bertujuan memenuhi keperluan segera keluarga terbabit dari segi kewangan.

Saya ingin menegaskan sekali lagi pendirian kerajaan seperti yang diumum semalam oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, yang mengetuai Jawatankuasa Kecil Waris, bahawa kami yakin dengan komitmen Malaysia Airlines untuk membantu dan menyokong keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370.

Seiring dengan itu, saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan China atas sokongan kuat mereka dalam perkara ini. Saya dengan sesungguh hati ingin menggesa Malaysia Airlines agar terus berhubung dengan keluarga penumpang terbabit apabila kami memasuki fasa baharu ini. Amat penting bagi MAS untuk memelihara dan menambah baik platform serta saluran komunikasi yang wujud antara syarikat penerbangan itu dan keluarga terbabit sejak lapan minggu lepas.

Anggota keluarga penumpang terbabit, di mana sahaja mereka berada, perlu sentiasa dimaklumkan dengan segera berkaitan perkembangan penting usaha mencari pesawat berkenaan. Kami bertanggungjawab memaklumkan mereka tentang perkembangan yang berlaku dan menyiasat hingga ke akar umbi insiden ini.

iii) Jawatankuasa Penggunaan Aset

Mengenai penggunaan aset, kami telah berbincang secara mendalam dengan beberapa syarikat Malaysia iaitu Petronas, Deftech, Boustead dan Sapura Kencana beberapa hari lepas berkaitan penggunaan aset khusus. Sistem dalam air dan platform khusus ini termasuk Kenderaan Autonomi Tanpa Kendalian Manusia (AUV), alat dikenali sebagai 'Deep Water Towed Side Scan Sonar', Kenderaan Kendalian Jarak Jauh (ROV) dan kapal sokongan, akan digerak bagi menyertai fasa baharu misi pencarian ini.

Semua entiti Malaysia yang terlibat dalam usaha ini perlu bekerja sebagai sebuah pasukan yang membawa panji-panji Malaysia untuk mencari MH370.
       


PERJALANAN KE CANBERRA

Minggu depan, saya akan mengetuai satu delegasi ke Canberra bagi menghadiri Mesyuarat Tiga Hala Peringkat Menteri, yang akan dihoskan rakan sejawatan kami dari Australia pada 5 Mei 2014. Mesyuarat ini akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Infrastruktur dan Industri Australia.

Saya akan diiringi ketua tiga jawatankuasa kecil terbabit iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Luar serta Dato Azharuddin Abdul Rahman daripada DCA, Ahmad Jauhari daripada MAS dan wakil kementerian berkenaan.

Delegasi China juga akan menyertai kami dalam mesyuarat itu, yang diketuai Menteri Pengangkutan Yang Chuantang diiringi Naib Menteri Pengangkutan He Jianzhong dan Naib Menteri Luar Xie Hangsheng serta pegawai kanan kerajaan.

DAKWAAN BERKAITAN TELUK BENGGALA

Mengenai dakwaan berkaitan Teluk Benggala, kami bersetuju dengan kenyataan Angus Houston bahawa ia adalah amat mustahil. Banyak petunjuk sebelum ini terbukti negatif dan keadaan ini adalah sama seperti apa yang kami alami sebelum ini. Walaupun tiada maklumat baharu, kami tetap meminta negara pesisir agar mengesahkan dakwaan itu.

Ketika ini, tiga kapal Bangladesh termasuk sebuah kapal peninjau berada di kawasan pencarian itu. Setakat ini, tiada apa yang ditemui.
    
PENUTUP

Dalam memasuki fasa baharu pencarian, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan yang kami terima daripada masyarakat antarabangsa dan pihak berkepentingan di peringkat domestik. Kami juga terharu dengan sokongan yang diterima dari pelbagai negara yang tampil membantu walaupun mereka tidak menyertai fasa awal operasi SAR.

Kami akan berusaha mengatasi cabaran dalam operasi mencari fasa baharu itu nanti, yang memerlukan aset dalam air yang mahal, canggih dan kompleks. Seperti biasa, ingatan dan doa kami tetap bersama mereka yang menaiki pesawat berkenaan serta keluarga mereka, dan usaha mencari akan diteruskan.- Bernama

21 comments:

  1. ' Ada benda kita lakukan dengan baik. Ada yang boleh dibuat lebih baik '. Ini yang kita nak dengar. Positif dan jiwa besar

    ReplyDelete
  2. MH 370 menyebabkan pembangkang hilang akal. Makin kuat kritik, nampaknya makin tinggi pulak nama Hishamuddin disebut. Bukan di Malaysia saja, di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  3. Eloklah bro. Depa dah tobat kot.

    ReplyDelete
  4. Aku kata Hishamuddin ni diplomasinya tinggi. Korang bayangkan Bangladeshpun sanggup tolong..he..he..berjaya atau tidak urusan Tuhanlah. Sekurang kurannya ikhtiar dah dibuat.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni dah tak banyak serangan terhadap kerajaan sebab banyak negara terlibat. Inilah bijak Malaysia. CNN nak balun kena balun US dengan Australia.

    ReplyDelete
  6. Terus berdoa. Kita harapkan keajaiban. Moga Allah merahmati

    ReplyDelete
  7. Aku kagum juga strategi Hishamuddin. Bila dia umum pakar seluruh dunia terlibat ruang untuk pengkritik sebenarnya tertutup

    ReplyDelete
  8. Hishamuddin menguasai bidang tugasnya. Ini yang menyuburkan keyakinan rakyat

    ReplyDelete
  9. MH370 melangkaui fahaman politik. Ini isu keselamatan negara. Oatutnya kita satukan hati kita semua

    ReplyDelete
  10. Takdir Tuhan. Tiba tiba Hishamuddin begitu menyerlah

    ReplyDelete
  11. Aku rasa cai pembangkang dah tak upaya nak kritik.

    ReplyDelete
  12. Biarlah banyak belanja terpaksa dikeluarkan, asalkan usaha mencari diteruskan...

    ReplyDelete
  13. Pembangkangpun ada yang rasional. Mereka tahu kejujuran Hishamuddin. Sebab itu laporan mereka juga jujur dan objektif

    ReplyDelete
  14. Ini masa susah. Aku percaya Hishamuddin dah cuba yang terbaik. Kita tolong doakan

    ReplyDelete
  15. Aku tengok mantap lagi Hishamuddin dan pegawai pegawainya. Kalau orang lain lari malam dah !

    ReplyDelete
  16. Leftenan Kolonel Bersara4 May 2014 at 00:01

    Masa ini x bunyi le pulak puak2 cinabeng tu nak kan kuota menteri depa. Bijak puak2 ni.....biar hisyam cuci semua dulu dah settle baru le menteri cinabeng masuk jadi menteri pengankutan......cilaka punye org.

    ReplyDelete
  17. Pembangkang ni da teruk sangat ni....da mati akal da sekarang ni... dok nampak Hishamuddin makin hari makin menyerlah kehebatannya...

    ReplyDelete
  18. Hakikatnya bila pembangkang ni nak perlekehkan Hishamuddin or kerajaan Malaysia, at the end depa yang diperlekehkan oleh rakyat

    ReplyDelete
  19. Pembangkang da panas, da tak senang duduk sebab lagi depa ni hentam, nama Hisham lagi diangkat tinggi sebagai seorang pemimpin di seluruh dunia

    ReplyDelete
  20. Biasalah, orang yang buat kerja dgn ikhlas & betul ni sentiasa ada yang dengki. Teruskan perjuangan Hisham

    ReplyDelete
  21. Sedih tgk pembangkang ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...