Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 11 May 2014

SINAR HARIAN DENGAN MALAYSIAKINI BERLAGA !!

12/05/14

'Sumpah saya masih ahli Pas' - Mohamed Nabi Bux

 'Sumpah saya masih ahli Pas'


GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

“Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

“Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya , semalam.

 Sinar Harian

1:54PM - 11 May 2014

'Mohamed Nabi bukan ahli PAS'

PAS menafikan bahawa Mohamed Nabi Bux, yang mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, merupakan anggota parti Islam itu.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan disiarkan lidah parti tersebut menyebut, siasatan menunujukkan Mohamed Najib merupakan anggota Umno.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Harakahdaily.

Menurut portal tersebut, nombor keanggotaan Mohamad Nabi ialah 2700360 dan beliau berdaftar dengan Bahagian Umno Kampung Banjar.

Lelaki tersebu tpada hari Jumaat lalu mendakwa beliau seorang anggota PAS dan mengumumkan niat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Pengumuman itu dibuat selepas lepas naib presiden Parti Cina Malaysia Huan Cheng Guan mengumumkan untuk bertanding.

DAP semalam mengumumkan untuk menurunkan anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal sebagai calon di kawasan tersebut.
 
Malaysiakini

Ulasan -
Dua dua ni aku ambik sebijik sebijik. Kalau ambik sikit sikit kata aku spin pulak. Apa makna penafian Mahfuz?
Maknanya ketakutan PAS kepada DAP berada pada tahap ' gila babi '. Takut sangat nanti DAP akan rasa PAS tak setia kepada ketua !

4 comments:

  1. Penipu VS Pembelit.

    ReplyDelete
  2. He..he..takutnya Pas kat Dap. Ahli sendiri tak berani mengaku nooo...

    ReplyDelete
  3. Bersilat Mahfuz. Itulah yang telah ditakdirkan...

    ReplyDelete
  4. Akhirnya yang akan menyembah dap, pas. Tulah dok jual agama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...