Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 1 May 2014

MH370 TIADA YANG DISEMBUNYIKAN !!


Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR 1 Mei - Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan laporan awal berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berakhir di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, laporan yang disediakan panel pakar itu mengandungi maklumat rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dan pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur.
Menurut beliau, dokumen-dokumen lain yang didedahkan termasuk laporan awal bertarikh 9 April lalu dan maklumat tambahan tentang langkah yang diambil antara pukul 1.38 pagi hingga 6.14 pagi pada 8 Mac, termasuk komunikasi antara pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, Vietnam dan Singa­pura.
"Turut dilampirkan adalah peta yang menunjukkan laluan penerbangan pesawat MH370, dokumen maklumat kargo yang dibawa dan pelan tempat duduk dalam pesawat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Laporan awal tersebut antara lain menyatakan tentang apa yang berlaku sebaik sahaja pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu sehingga komunikasi terakhir dengan Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) pada pukul 1.07 pagi hari yang sama.
Turut dibentangkan adalah maklumat berhubung misi mencari dan menyelamat (SAR) dan syor panel pakar agar Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengkaji keperluan untuk memperkenalkan peraturan penjejakan masa sebenar untuk pesawat udara komersial.
Dokumen maklumat kargo pula menunjukkan sebahagian daripada muatan pesawat MH370 terdiri daripada manggis dan bateri jenis lithium ion.
Laporan awal itu disediakan dengan kerjasama wakil-wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China (AAID), Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan pegawai-pegawai Malaysia.
Maklumat yang terkandung dalam laporan awal tersebut turut dipaparkan pada Facebook dan Twitter milik Hishammuddin.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin mengesahkan, radar tentera telah mengesan pesawat berkenaan berpatah balik ke arah barat menghala ke Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac lalu.
"Pesawat itu dikategorikan oleh operator radar sebagai tidak membahayakan, oleh itu tiada tindakan lanjut diambil pada masa itu," katanya.
Beliau berkata, data radar disemak se­mula secara playback kira-kira 8.30 pagi hari sama dan maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara kira-kira 9 pagi.
Hasil perbincangan lanjut dengan pegawai peringkat tertinggi, Hishammuddin menerima maklumat daripada pihak tentera kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.
Menurut Hishammuddin, beliau kemudian memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seterusnya mengarahkan SAR dijalankan di Selat Me­laka dan Laut China Selatan pada hari yang sama.
"Pada masa itu, dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mahameru dan KD Laksamana Muhamad Amin yang berada di Selat Melaka telah diarahkan untuk melakukan misi SAR," jelasnya.
Beliau berkata, pada pukul 10.54 pagi, sebuah pesawat tentera telah dihantar untuk menyertai dua kapal tersebut bagi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka.
"Mereka segera dipertanggungjawab untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal itu di Selat Melaka pada 10.54 pagi dalam misi pencarian MH370," katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Sumber - Utusan Malaysia


6 comments:

  1. Perkara macam ini perlukan masa. Bukan boleh cakap ikut sedap mulut. Sekarang nak dapat baca laporan. Nuar Brahim dan pusing apa pulak ?

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin berpegang pada janji. Sampai masa laporan akan dikeluarkan. Harap laporan awal ini akan menjawab banyak soalan yang timbul.

    ReplyDelete
  3. MH370 adalah peristiwa pertama kali berlaku. Segala macam cabaran dihadapi. Syabas kerana Kerajaan dah cuba sedaya upaya

    ReplyDelete
  4. Tahniah Datuk Hisham dan pasukannya. Moga Allah berikan kekuatan

    ReplyDelete
  5. Laporan awal inipun org pertikai. He..he..macam depa baguih sangat

    ReplyDelete
  6. Semua ingin tahu apa berlaku termasuk Kerajaan. Berikan masa kepada DS Hisham dan petugasnya. Saya percaya akhirnya kita akan dapat jawapan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...