Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 14 September 2014

WEIII !! UMNO SELANGOR, BACA NIH !

Kuatkan Semangat Juang Untuk Tawan Kembali Selangor – HIshammuddin

Pada aku DS Hishammuddin layak bercakap. Dia dah buktikan kemampuannya dalam menangani MH 370 dan MH 17. Dunia tahu kerja kuat beliau.
KUALA KUBU BHARU, 14 Sept – Anggota UMNO Selangor perlu meningkatkan iltizam dan punyai semangat juang yang tinggi selain optimis dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengingatkan anggota parti supaya tidak terlalu emosi atau terikut-ikut dengan senario politik yang kini melanda Selangor.
“Ada pihak yang mungkin cuba nak menuding jari kepada kita, tetapi setakat ini mereka tidak berjaya kerana masalah (pemilihan menteri besar baharu) itu bukan timbul daripada UMNO, ia datang daripada (masalah) dalaman parti mereka sendiri,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.
Hishammuddin juga mahu melihat anggota parti merapatkan saf, memperkukuh kesetiaan, kejujuran, keikhlasan dan niat bagi meneruskan perjuangan parti.
Beliau berkata elemen itu penting untuk mempertahan warisan perjuangan UMNO terutama dalam membina bangsa dan negara.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata pihaknya mengetengahkan pelbagai usul, antaranya menyeru semua pihak supaya tidak terikut emosi sehingga menghina institusi raja.


7 comments:

  1. Tukar Noh Omar, selesai masalah!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa DS Hishammuddin berhak menyatakan pandangan dan membuat teguran. Beliau sendiri bangkit selepas pemilihan UMNO lalu yang getir bagi beliau. MH 370 dan MH 17 membuktikan semangat beliau..

    ReplyDelete
  3. Masalahnya UMNO Selangor sendiri berpecah belah.

    ReplyDelete
  4. Nor Omar 4 penggal ...adun perlimen..kow tim....
    Bahagian lain?....1 penggal dan 2 penggal...hanyut dengan ego dan dunia.....meluat
    BAriasan AJK Bahagian....sedih...burung kakak tua...keh keh keh....ada duit jalan...tak der duit...sorry...nak menang?....lambat lagilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku orang Selangor. Dulu Ketua Cawangan tapi sekarang dah malas. Cuma setia kerana UMNO saja. Kalau pikirkan pemimpin Selangor lama dah lari.

      Delete
  5. Segalanya wang. Saya nampak di Selangor semua ' kerja parti ' berupah. Gantung poster, hadir ceramah dan sebagainya. Bila tiada upah orang tak bekerja. Ini budayanya dan sebenarnya budaya ini perlu diubah melalui proses latihan dan penjenamaan semula.

    ReplyDelete
  6. Tak semestinya ubah orang. Cara berfikir dan ssikap yang mesti berubah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...