Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 8 September 2014

AMBIGA BAKAL MENGAMUK DI VIETNAM !

Ambiga juara Bersih dan perkakas Pakatan akan memimpin demonstrasi besar besaran di Vietnam berikutan halangan kerajaan Vietnam  terhadap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo daripada masuk ke negara tersebut. Ada berani?
Jangan harap. Kerajaan Malaysia jer yang bagi muka sangat kat puak puak nih sampai mereka bertindak seolah olah mereka kebal dan boleh buat apa saja. Aku harap Kerajaan akan tiru keberanian Vietnam ni. Prang nak kata apa, katalah !


Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Andrew Khoo dilarang daripada memasuki Hanoi sejurus selepas mendarat di bandar di Vietnam itu.

Khoo berkata, beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu.

Beliau berkata dimaklumkan perkara itu ketika dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop.

Di situ, katanya, beliau melihat pekerjanya sibuk mengisi borang tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa kali.

“Selepas kira-kira 20 minit, saya dimaklumkan bahawa saya dilarang masuk ke Vietnam, cop masuk saya dibatalkan dan saya diiring semula ke pesawat Malaysian Airlines MH753 yang membawa saya ke sini,” tulisnya di Facebook. Mkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...