Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 9 September 2014

MB TERENGGANU BERTINDAK ! TABEEKKLAH !

MB Terengganu buat laporan polis

September 9, 2014
Berhubung fitnah pembelian asrama di Mesir.
Ahmad-RazifKUALA TERENGGANU : Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang disebarkan terhadapnya oleh pihak pembangkang berhubung kes pembelian bangunan Asrama Mansurah di Mesir untuk pelajar tajaan Yayasan Terengganu pada 2010.
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Khas beliau Ahmad Nidzam Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada kira-kira 1 petang tadi.
Turut mengiringi Ahmad Nidzam ialah Setiausaha Politik MB Ustaz Rusdi Muda dan Setiausaha Akhbar MB Ahmad Fauzan Abdul Kadir.
Ahmad Nidzam berkata pihaknya mengenal pasti tiga bentuk fitnah iaitu menerusi laman sosial Facebook, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan laman YouTube.
Menurut laporan polis itu, pada 2 Sept lepas, satu laman sosial Facebook yang berdaftar menggunakan nama Roslan Bin Abdullah memuat naik status berunsur fitnah dan hasutan terhadap Ahmad Razif.
Status itu mendakwa satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap Ahmad Razif yang ketika itu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri berkaitan pembelian bangunan asrama di Mesir berharga kira-kira US$6 juta pada 2010.
Selain itu, fitnah berkenaan turut disebarkan menerusi SMS kepada orang awam daripada nombor yang tidak dikenali serta menerusi YouTube yang memaparkan petikan ceramah Ambang Merdeka oleh Adun PAS Bukit Payong, Mohamad Nor Hamzah.
Ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu itu yang dimuat naik ke YouTube berdurasi 28 minit 40 saat dan menyentuh isu pembelian asrama itu berlangsung di Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu pada 30 Ogos lepas.
Ahmad Nidzam berkata MB Terengganu akan membuat kenyataan lanjut mengenai isu itu esok. - BERNAMA

Ulasan

Dah sampai masa. Fitnah dah jadi makanan pembangkang. Malangnya ada orang percaya sebab pemimpin kita buat tak tau. Jawabpun tidak, nafipun tidak. Sekarang biar mahkamah yang tentukan. Harap harap jangan gempaq saja. Nanti orang mintak maaf, selesai !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...