Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday, 20 September 2014

PUNAH !! HUJAH HAJI HADI DISANGGAH, PAS BERPECAH !!

ULASAN GB

Ada banyak persoalan yang timbul dari ucapan penggulungan Presiden PAS.

1) Tak pelahap jawatan MB, tetapi nada yang begitu marah seolah-olah kecewa rancangan untuk "runtuhkan" kerajaan PR dan bekerjasama dengan 12 ADUN UMNO untuk kekalkan TSKI (ADUN Bebas) di Selangor gagal (?) Dan jika tak pelahap kenapa hantar juga nama ADUN PAS? 

2) Majlis Syura PAS menyokong TSKI sedangkan TSKI yang telah mengkhianati dan tidak mematuhi arahan partinya. Tidakkah Majlis Syura PAS "mengajar" ahli parti untuk mengkhianati dan tidak mematuhi arahan parti sendiri? Jangan salahkan ahli jika mereka mengkhianati parti kerana Majlis Syura yang mengajar begitu! 

3) Kes 2 orang ADUN dikatakan ada broker dan barua yang membeli mereka. Ada buktikan tuduhan berkenaan? Presiden nampaknya gemar untuk membuat tuduhan tanpa bukti seperti kes pil kuda dan komunis. Sementelah lagi, Lembaga disiplin pun belum bersidang untuk mendegar kesnya, mengapa Presiden telah "menghukum" lebih awal? 

4) Baiah - Wallahi, wabillahi wataalahi.... apa yang dibaiahkan? Kenapa tak habiskan isi-isi baiah untuk mempastikan kedua-dua ADUN tersebut telah melanggarnya?

5) Baiah dan SD - mana lebih uatama? Dua-dua itu adalah perjanjian (wa'adat). Cuma SD tak disebutkan nama "Allah". Ini kerana "baiah" terpakai untuk orang Islam sedangkan Statutory Declation adalah untuk semua, Islam dan bukan Islam, tetapi Allah Maha Tahu sekalipun tidak dimulakan dengan Wallahi Wabillahi Wataalahi, sebuah "perjanjian" itu tetap perjanjian dan pelanggarnya akan tetap terima hukuman. 

6) Parti rakan khianat dengan tahaluf siasi kerana mencuri ADUN PAS. Perbuatan memberi watikah untuk PAS bertanding di kawasan yang telah dipersetujui diberikan kepada parti rakan tidakkah juga khianat namanya? 

7) Pencalonan Wan Azizah dipertikaikan. Bukankah di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama, Presiden sendiri yang mengusulkan dua nama, pertama Wan Azizah dan kedua Azmin Ali?

8 ) "di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja" - Hukum syarak juga adalah untuk orang berakal, bukan untuk orang gila. Dalil Al-Quran, bukan di sana terdapat ayat-ayat afala taqqilun (apakah kamu ntidak menggunakan akal)? afala tatafakkarun (apakah kamu tidak berfikir)? Dalil hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”

9) Jika hendak menggunakan hukum syarak untuk menuduh wanita tak boleh jadi pemimpin, mengapa tidak berterus terang? Kerana PAS sendiri ada pemimpin di alangan wanita seperti ahli parlimen, ADUN, exco dan sebagainya? 

10) Bagaimana Presiden boleh menggunakan kuasa veto dan mengkhinati mesyuwarah dengan AJK PAS yang telah membuat keputusan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor? Kita bukan sistem khalifah yang keputusan ditangan seorang pemimpin. PAS adalah sebuah parti yang ada muktamar dan muktamar telah memilikh AJK PAS PUsat. AJK PAS Pusat itu diberi mandat oleh ahli-ahli parti, bukan Presiden seorang. Bukankah jelas arahan Allah:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah Asy-Syura 38.

Dan bukankah Rasulullah saw pernah bersabda : “ المستشار مؤتمن ” “Orang yang bermesyuarat pasti akan disentosakan”. Mengapa pakai kuasa veto? 

11) Bagaimana kisah pertemuan di Manchester? Bagaimana dengan menantu sendiri menjadi ahli Majlis Syura? Bagaimana dengan ahli Majlis Syura dan kroni-kroni Presiden yang mendapat saham dengan nilai ratusan ribu ringgit yang lansung tidak diketahu oleh ahli-ahli PAS biasa? 

12) Tukang sorak menyambut gembira ucapan penggulungan Tuan presiden, memberi lampu hijau kepada kumpulan yang sama bersorak dan mengejek perwakilan. Apakah Tuan presiden ingin menyemarakkan budaya ini di dalam parti? 

Banyak lagi yang GB nak hujjahkan. Tetapi Tuan presiden silalah jawab kesemua di atas. Islam itu tertegak dengan hujjah, bukan dengan kuasa veto. Sedangkan Rasulullah sendiri boleh disanggah pendapatnya, takkanlah Tuan Presiden tak boleh dikkritik lansung? Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab. 


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"... 


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?


Dan tidakkah Tuan presiden perasan bahawa kesemua tindakan dan ucapan Presiden kini telah mendapat liputan meluas di media massa pro-UMNO/BN? Apa ertinya itu? Tidakkah Allahyarham ustadz Fadzil Mohd Noor pernah berpesan: Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena....

Dan selepas ini jangan haraplah PAS akan dapat meraih undi bukan-Islam/bukan-Melayu sebanyak yang telah diberikan semasa PRU-PRU/PRK-PRK sebelum ini. Mencari redha Allah bukan redha pengundi. Bagaimana untuk mendapat redha Allah jika redha manusia pun sudah tercicir? - Kelab Greenboc



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...