Jelitawan DAP Young Syefura Othman antara yang hadir dalamflash mob bagi menggesa aktivis Ali Abd Jalil dibebaskan daripada lokap selepas terus direman untuk siasatan bawah Akta Hasutan 1948.
Kumpulan kecil itu petang ini berkumpul di Masjid Jamek, Kuala
Antara kelihatan plakad bertulis “Merdeka 1957-Akta 1948-Sekarang 2014”, “Hon Tanda Setuju” dan “100% Merdeka”.
Bagaimanapun sambutan orang ramai tidak menggalakkan dengan kebanyakan mereka hanya berhenti sebentar bagi melihat mesej yang disampaikan melalui plakad sebelum berlalu pergi.
Kumpulan yang diketuai aktivis Safwan Anang berarak ke Sogo selepas berkumpul kira-kira 15 minit.
“
Di pusat membeli belah terkenal itu mereka menyanyikan lagu-lagu yang sinonim dengan gerakan kiri di Malaysia seperti “Internationale” dan “Buruh Tani”.
No comments:
Post a Comment