Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 1 September 2014

PENDEDAHAN BERAPI HAJI HADI !!

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Di atas aku turunkan petikan ucapan Haji Hadi. Aku rasa macam pelik jer.
Dalam mengangkat moral ahli tentang berbezanya PAS berbanding PKR dan DAP, tiba tiba Haji Hadi cakap pasal kutip derma.
Pertamanya macam tak berapa nak sesuai. Kemudian macam Haji Hadi bocorkan rahsia bahawa ada aktivis PAS selama ini tipu duit derma.

Aikk !! Ini sudah pelik. Apa pasal Haji Hadi cakap macam nih hah ?!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...