Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 12 September 2014

UKRAINE DAN RUSSIA BERPAKAT...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan Rusia memberi sokongan sepenuhnya bagi menegakkan keadilan untuk membela mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai.
Menteri Pertahanan itu berkata, reaksi itu dimaklumkan kepadanya hasil lawatan ke Keiv, Ukraine pada Isnin lalu, berjumpa dengan pihak terlibat dalam menyelesaikan masalah dihadapi pasukan penyiasat bagi memasuki tapak nahas MH17.
"Bukan mudah sebenarnya kita ingin adakan perbincangan bersama pihak tersebut. Ada negara ini (Ukraine dan Rusia) tidak boleh duduk bersama.

Dalam kenyataan medianya yang terdahulu, beliau bersama rakan sejawatnya dari Belanda, Jeanine Hennis Plasschert bersetuju dengan keperluan menyambung semula operasi carian, pemulihan dan siasatan di tapak nahas kemalangan tersebut. – 12 September, 2014.

8 comments:

  1. Tak sabar menanti pihak bertanggungjawab didakwa.

    ReplyDelete
  2. Hubungan antarabangsa telah membantu Malaysia menangani krisis ini. Namun dalam masa yang sama kita harap kerajaan akan meningkatkan tahap pertahanan negara dan segala aset kita. Apapun tahniah kepada DS Hishammuddin dan delegasi Malaysia

    ReplyDelete
  3. Setelah segala usaha ikhtiar, kita serahkan segala urusan kepada Allah

    ReplyDelete
  4. Kitapun tak faham mengapa semua ini berlaku

    ReplyDelete
  5. Masing masing mahu kebenaran ditegakkan.

    ReplyDelete
  6. Ini blh dianggap pencapaian peribadi Datuk Hisham. Jaringan antarabangsanya mantap. Englishnya bagus

    ReplyDelete
  7. Tuhan suruh kita usaha. Hasiinya urusan Tuhan. Kalau kita ikhlas tak usah risau. Pertolongan Tuhan pasti ada

    ReplyDelete
  8. Insyaallah akhirnya kejayaan bersama kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...