Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 9 September 2014

SINAR DI HUJUNG TEROWONG...


MH17: Ukraine beri jaminan bantu siasatan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jaminan itu diberikan Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Laksamana Ihor Kabanenko pada perbincangan mereka mengenai kerjasama dalam siasatan insiden MH17 dan pertukaran pertahanan antara kedua-dua negara di Kiev, Ukraine, hari ini. 
"Pada dasarnya, kami bersetuju pasukan antarabangsa merangkumi anggota dari Australia, Belanda dan Malaysia diberikan akses awal yang selamat ke tapak nahas MH17 di timur Ukraine," katanya dalam kenyataan di sini.

Hishammuddin berlepas ke Kiev, malam Ahad lalu, untuk memastikan keselamatan pasukan Malaysia ketika memasuki tapak nahas MH17.

Beliau berkata, pasukan antarabangsa akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan rakan antarabangsa relevan yang lain untuk memastikan kerjasama pelbagai pihak. - Bernama

Ulasan

Aku anggap ini kejayaan awal Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ikrar beliau untuk 

1. Mempastikan pasukan penyiasat kita selamat
2. Mempastikan penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan

Seperti yang dinyatakan oleh YAB Datuk Seri Najib, ini masa sukar bagi kita. Kerana itu kebijaksanaan amat perlu bagi menangani segala permasalahan yang timbul.


9 comments:

  1. Insyaallah jika bekerja kerana ALLAH, ALLAH akan sentiasa bersama kita,

    ReplyDelete
  2. Tahniah Datuk Seri Hishammuddin dan Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Kita harap akhirnya kebenaran akan muncul

    ReplyDelete
  4. Inilah penting berbaik baik dgn orang. Orang tolong kita balik

    ReplyDelete
  5. Ini satu pencapaian. Lambat sikit sebab libatkan byk pihak..

    ReplyDelete
  6. Well done Datuk.

    ReplyDelete
  7. Kerja baik yang dilakukan insyaallah akan mendatangkan hasil yang baik. Teruskan usaha dan dalam masa yang sama berhati hati dengan ancaman yang mungkin tidak kita sedari.

    ReplyDelete
  8. MH 17 dan MH 370 adalah permulaan kepada cabaran baru negara. Kita berdoa agar Allah lindungi dan rahmati kita. Kepada DS Hisham, teruskan perjuangan demi Kerajaan, agama dan bangsa kita.

    ReplyDelete
  9. bukan kerja mudah nak selesaikan semua ini , banyak kerja dilakukan, ramai pihak terlibat , perkara besar bukan kecil tapak tangan ..

    tapi berkat kerjakeras dan percaturan taktik yg kerajaan laksanakan, akhirnya berjaya jua walau pelbagai pihak dalam negara ini masih mempertikaikan bukan berterimakasih ,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...