Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 18 September 2014

SEJUTA ?!!

RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17

email
comments
RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17
RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17
GENTING HIGHLANDS: Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dan MH17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung yayasan itu, memuji Eu Yan Sang kerana menubuhkan yayasan berkenaan dan melaksanakan usaha amal lain hingga dapat menambah baik kehidupan  golongan tidak bernasib baik di Malaysia.


"Hati saya tersentuh apabila mengenangkan keluarga (MH370 dan MH17) yang  terlibat. Kehilangan yang mereka alami adalah amat besar dan tiada kata-kata dapat mententeramkan mereka.


"Kita tidak boleh bayangkan kesengsaraan yang mereka lalui apatah lagi untuk memahami kesedihan mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah meneruskan usaha bagi memastikan setiap keluarga mendapat perhatian selain berdoa bagi mereka yang telah pergi tanpa mengira latar belakang agama atau kaum," katanya dalam ucapannya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-135 Eu Yan Sang di sini.


Dengan negara melalui kesukaran besar baru-baru ini, Hishammuddin berkata beliau gembira melihat adanya semangat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam kalangan industri tempatan yang membantu mereka yang memerlukan.


"Ia menzahirkan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih banyak organisasi swasta dan awam mengambil pendirian kukuh dalam program tangguungjawab sosial korporat mereka yang tertumpu kepada ideologi hormat-menghormati, kasih sayang dan amal.


"Pada masa akan datang, kami berharap untuk melihat lebih banyak entiti mempelopori falsafah ini ketika kita berusaha menjadi sebuah negara yang bukan sahaja berteraskan ekonomi malah bertanggungjawab daripada segi moral," kata beliau.


Pada majlis itu, Eu Yan Sang juga menyumbang RM1.26 juta kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser dan Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan Joseph William Yee Eu.- Astro


Ulasan

Baca kenyataan DS Hishammuddin. Beliau bukan sekadar menjalankan tugas sebagai Menteri tapi seperti sama sama merasai kesedihan, kehilangan anggota kelurga terlibat.

Ini sesuatu yang amat istimewa. Sebab itu aku rasa beliau diangkat jadi penaung...

7 comments:

  1. Dahsyat oo..sejuta dalam sekelip mata. Inilah Malaysia. Bab derma tak kira bangsa kan..

    ReplyDelete
  2. DS Hisham dilantik jadi penaung. Walaupun tak ada elaun tapi ini pengiktirafan atas kerja kuat beliau selama ini.

    ReplyDelete
  3. Kagum aku dengan DS Hishammuddin ni !

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada penyumbang. Tak kira agama, bangsa. Kita rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Sesekali kena lupakan politik kepartian. Penyumbang ini tak tanyapun waris bangsa sokong siapa.

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Rakyat Malaysia kekal sebagai penyumbang yang ikhlas

    ReplyDelete
  7. Kita buat kerja, orang akan nilai. Akhirnya orang lahirkan penghargaan. Ini yang berlaku kepada Datuk Hisham

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...