Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 29 September 2014

PAS MEMANG DAH TAK DE BENDA NIH !

" Hari ini adalah hari terakhir Persidangan Bahagian UMNO seluruh negara. Saya telah merasmikan Persidangan 34 Bahagian . Saya dapati
 ahli UMNO sangat sayangkan parti. Ahli UMNO sangat sayangkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pemimpin kita "

Di atas adalah sedutan ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sewaktu berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Larut Di Perak.


Sumber- Utusan

Kemudian Datuk Seri Hishammuddin berucap lagi " Kami pemimpin yakin dan berani menghadapi pelbagai krisis seperti MH 370 dan MH 17. Kami mendapat keberanian dan keyakinan ini kerana kami tahu ahli UMNO dan rakyat menyokong kami ".

Ucapan ini sekali pandang biasa biasa sahaja tetapi jika dihayati ia sarat dengan makna tersirat betapa pemimpin dan ahli UMNO sekarang ini sedang berada dalam keadaan solid dan satu.

Apapun cabaran dan dugaan, apapun tohmahan UMNO tetap bersatu menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri. Inilah punca UMNO dan Kerajaan menjadi kukuh dan kuat.

Sebenarnya benda inilah yang PAS dah tak de, dah hilang. Kasih dan hormat kepada pemimpin dan hancur. Tengoklah apa dah jadi kepada PAS sekarang.
Pemimpin tak lagi ditaati bahkan ada yang seakan akan meletakkan DAP dan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka.

UMNO jugak jangan leka. Jika kita tidak beringat, kita akan menghadapi perkara yang sama...


6 comments:

  1. Terbaik bro. Terbaik Hishammuddin

    ReplyDelete
  2. Saling menghargai adalah budaya UMNO yang mesti dipertahankan. DS Hishammuddin saya perhatikan sentiasa mengangkat Datuk Najib dalam ucapan beliau. Begitu juga beliau amat menghargai akar umbi.

    ReplyDelete
  3. Umno dulu macam inilah. Hormat, kasih pada orang. Sebab itu Umno boleh bertahan lama. Pemuda dan Puteri Umno kena ikut cara ini.

    ReplyDelete
  4. Saya mula bersama UMNO sejak zaman kanak kanak. Saya mengikut ibu bapa saya hadir pelbagai program UMNO. Ibu bapa saya tidak bercakappun dalam majlis tapi mereka sangat bangga menjadi sebahagian daripada perjuangan UMNO. Bila bersama anak anak mereka selalu bercerita tentang tokoh tokoh UMNO. Antaranya Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Ghafar Baba. Di rumah saya ada gambar bapa saya bersama mereka( Hitam Puteh ). Mereka membawa kebanggaan ini hingga ke akhir hayat. Sekarang saya orang berjaya, begitu juga adik beradik yang lain. Tanpa sebarang jawatan, rasa kasih kepada UMNO sangat kuat kesan didikan ibu bapa saya. Sebab itu saya harap pemimpin UMNO tidak sombong, turun bertemu rakyat kerana rakyat amat menghargainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sangat. Pemimpin jangan berlagak. Rakyat tak suka

      Delete
  5. Saudara Fateh, kita mempunyai pengalaman yang hampir sama. Sebab itu saya suka orang macam Hishamudin. Hemoi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...