Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 25 September 2014

LUPAKAN AMERIKA !


Sejak sehari dua ini semua kita dengar bagaimana Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan ke Syria dan Iraq. Atas nama menghapuskan Kumpulan Pemisah Negara Islam ( IS ) AS dengan bantuan Arab Saudi, Jordan, Mesir dan beberapa negara lagi melancarkan serangan udara bertali arus.

Mereka menggunakan peluru berpandu yang bukan sahaja meragut nyawa pemisah bahkan orang awam, wanita dan kanak kanak.

Dalam masa yang sama AS telah memberikan bantuan kepada Regim Kelima iaitu kumpulan pemberontak Syria. Matlamatnya ialah supaya perang saudara menjadi lebih meluas dan sebuah lagi negara Islam hancur jadi abu.

Aku rasa ini dah keterlaluan dan melampaui batas. Kerajaan kita pada pandangan aku secara perlahan lahan harus melonggarkan hubungan dengan AS. Kita kebetulan semakin rapat dengan China. Sekarangpun,
DS Hishammuddin Hussein sedang berada di China untuk menyelaras usaha mengesan MH 370.

DS Hishammuddin dikatakan disambut baik mewakili Kerajaan Malaysia. Selepas MH370 hubungan Malaysia China semakin akrab. China adalah kuasa baru dunia khasnya dalam bidang ekonomi. Mereka mempunyai keperluan tinggi terhadap getah dan sawit yang merupakan antara produk utama negara.

Kerajaan perlukan sedikit keberanian. Hubungan diplomatik yang terjalin erat selepas MH 370 perlu diperluaskan dalam bidang ekonomi.

Aku rasa rakyat Malaysia sudah mula muak dengan kekejaman AS dan aku bimbang muak itu berjangkit kepada kerajaan kita akhirnya..


6 comments:

  1. Dah sampai masa dah. Kerana AS kita boleh hilang undi.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni hishamudin di Cina aku rasa. Kena jaga hubungan baik. Hishamudin ada keupayaan diplomasi yang tinggi. Sesuai dia jadi perantara

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Amerika sedang mengalami kemerosotan. China adalah pesaing utamanya dalam bidang ekonomi. Lebih baik bagi Msia untuk menjaga hubungan dengan China yg tiada musuh jelas

    ReplyDelete
  4. Najib kata tak payah pilih. Baik dengan China baik jugak dengan US

    ReplyDelete
  5. Hishammuddin dapat sambutan hangat di China. Petanda baik untuk hubungan antara kedua negara

    ReplyDelete
  6. Untuk lumpuhkan US, Negara dan Umat Islam kena bersatu. Kalau Saudipun menyokong US sampai bilapun mereka akan bertindak liar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...