Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 4 September 2014

GHAIRAH POLITIK SAMPAI ROSAKKAN NEGARA !

SHAH ALAM 4 September - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan amaran tegas terhadap segelintir pihak yang sengaja menghasut agar negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia demi kepentingan politik peribadi.

Hishammuddin berkata, rakyat di negara ini harus mengambil iktibar dengan kejadian-kejadian di luar negara yang bergolak yang juga berpunca dari permainan politik individu-individu tertentu di negara tersebut.

"Saya ingin ingatkan kepada mereka ini, jika hendak berpolitik, berpada-pada, jika kita lihat peperangan yang berlaku di Ukraine bermula dengan demontrasi jalanan di Kiev dengan melaungkan hak untuk berhimpun.

"Kita lihat apa yang mereka katakan dengan perhimpunan aman di Pakistan, berapa yang telah terkorban di sana dalam demonstrasi yang kononnya aman," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-2 ke Lubnan di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

Beliau menjelaskan, rakyat juga tidak seharusnya memandang remeh keadaan politik setakat hari ini walaupun beberapa siri demontrasi sebelum ini tidak menjurus kepada pergolakan yang serius.

Katanya, tindakan pihak yang kononnya ingin membawa keluar Sabah akan menyebabkan krisis besar yang melibatkan seluruh negara dan membebankan anggota keselamatan negara ini.

"Setakat hari ini, kita perlu bersyukur, kerana tindakan-tindakan sebelum ini tidak mendatangkan padah sebegitu rupa, tetapi kita kena berhati-hati.

"Dalam konteks Sabah, mereka yang ingin berpolitik sangat konon untuk membawa negeri itu keluar dari Malaysia, saya ingin ingatkan kepada mereka apabila pencerobohan berlaku seperti peristiwa di Lahad Datu, akhirnya mereka yang dari Semenanjung yang terkorban.

"Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, jangan hendak berpolitik sangat melibatkan negeri Sabah," ujarnya.



8 comments:

  1. Majoriti rakyat mahukan keamanan. Yang bernafsu buas saja tak pedulik.

    ReplyDelete
  2. Tangkap, dakwa ! Jangan ada yang terlepas

    ReplyDelete
  3. Ni last warning yang pertama... antara koleksi2 amaran dari menteri amaran malaysia....

    ReplyDelete
  4. Itu dulu. La ni dah ada orang lain ganti...

    ReplyDelete
  5. Bro , dah dapat upah kot? Lama tak cerita pasai Hisham.

    ReplyDelete
  6. Menteri amaran ni gelaran yang dicipta oleh orang Umno. Beza dengan PAS cipta imej Tok Guru untuk pemimpin mereka

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah ramai didakwa menghasut. Masa untuk warning dah berlalu. Syabas Kerajaan UMNO.

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah ramai lagi mcm Melayu Anon 00.53 ni ehhh. Pantang kita angkat le sape pun di kalangan org Melayu....maka ramailah haram jadah puki mak melayu lain yg sakit hati....dapat upah la....dpt habuan la....mcm2 ehhh. Kalau x busuk hati x boleh ka.....kita puji pemimpin kita yang bagus....kita kata bagus la. X kan nak puji puak2 fuckkatan tu yang dah sah sah gila bab. ...sultan pun nak terjah nye sebab nakkan bini dia jadi MB. Nasib baik le bini hampa semua datang bulan hampa tak salahkan Melayu UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...